awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem kesihatan tertekan, pesakit COVID-19 tanpa gejala dinasihat jalani kuarantin di rumah

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2020
02:19 MYT
Sistem kesihatan tertekan, pesakit COVID-19 tanpa gejala dinasihat jalani kuarantin di rumah
Dr Noor Hisham menasihati mereka yang positif COVID-19 namun tidak bergejala agar menjalani kuarantin di rumah terlebih dahulu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihati mereka yang positif COVID-19 namun tidak bergejala atau asymptomatic untuk menjalani kuarantin di rumah terlebih dahulu.
Ini kerana mereka berkemungkinan tidak akan segera dibawa ke hospital berikutan peningkatan kes yang perlu ditangani pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini.
"Ini juga berlaku di Sabah. Kami bercakap mengenai lebih daripada 1,000 kes sehari.
"Ini disebabkan peningkatan ujian di kalangan pekerja asing dan seperti yang dijangkakan lebih banyak kes didiagnosis.
"Pekerja asing tidak ada tempat untuk diasingkan, kami ada ribuan di sini. Kami menambah bilangan katil menjadi 10,000,” katanya memetik laporan portal Malay Mail, pada Isnin.
Dr Noor Hisham menjawab aduan seorang pemilik perniagaan yang mendakwa tiada tindakan daripada KKM walaupun dua pekerjanya positif COVID-19.
Beliau dalam pada itu juga meminta mereka yang dikesan positif agar berhubung dengan pejabat kesihatan daerah masing-masing.
Kes baharu COVID-19 di negara ini semalam turun kepada 1,196 berbanding rekod sehari sebelumnya iaitu sebanyak 2,335 jangkitan.
Malaysia kini mempunyai 20,233 kes COVID-19 yang aktif.
COVID-19: Sistem kesihatan tertekan akibat kes empat digit setiap hari
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#pekerja asing
#ujian saringan
#COVID-19
#MySejahtera
#asymptomatic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan