awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM

Bernama
Bernama
29/03/2024
22:30 MYT
Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Amirudin berkata CSM sentiasa memantau pelaporan insiden keselamatan siber yang berkaitan dengan sistem berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia (CSM) mengesahkan bahawa Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selamat untuk melindungi data peribadi pengguna dan menolak kemungkinan integriti data sistem berkenaan berpotensi untuk dikompromi.
Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Amirudin Abdul Wahab berkata, pengesahan itu berdasarkan kepada lima faktor iaitu CSM telah melaksanakan penilaian kelemahan keselamatan terhadap Sistem PADU termasuk memberi khidmat nasihat penyelesaian untuk sebarang kelemahan yang ditemui.
"Sistem PADU telah mematuhi keperluan yang ditetapkan pada Dasar Kriptografi Negara, keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Amirudin berkata selain itu, CSM sentiasa memantau pelaporan insiden keselamatan siber yang berkaitan dengan sistem berkenaan dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua agensi terlibat bagi memastikan tahap keselamatan siber PADU sentiasa terjamin.
"Ini termasuk pemantauan terhadap laman sesawang gelap bagi mengesan sebarang akses data pengguna yang telah terjejas.
"CSM juga sentiasa bersedia sekiranya diperlukan untuk memantau keselamatan komputer pelayan sistem PADU dan data yang tersimpan dalam komputer pelayan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik seorang pakar sekuriti siber yang mendakwa pembangunan PADU menggunakan kaedah "lapuk" dan ia boleh menggugat integriti data.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem pangkalan data
#PADU
#keselamatan
#CyberSecurity Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan