awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem pemantauan SARI diteruskan, berjaya kesan kes positif COVID-19 dalam komuniti

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
10/07/2020
10:13 MYT
Sistem pemantauan SARI diteruskan, berjaya kesan kes positif COVID-19 dalam komuniti
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham menjelaskan, meskipun rendah, sistem survelan di Malaysia masih dapat mengesan kes-kes ini kerana ia mempunyai kapasiti dan kapabiliti pengesanan yang baik. Foto: Bernama
Ujian pengesanan COVID-19 dijalankan secara berterusan untuk mengesan kes-kes baharu dalam kalangan komuniti.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antaranya adalah melalui sistem pemantauan klinikal seperti pengesanan kes jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) di hospital.
“Pada hari ini, sistem (pemantauan) ini telah mengesan dua kes positif COVID-19 yang merupakan warganegara Malaysia.
“Sehingga 10 Julai 2020, sebanyak 20,897 sampel telah diambil dan sebanyak 79 kes positif COVID-19 didapati positif (iaitu kadar positif adalah 0.38 peratus).
“Kadar positif ini adalah kurang daripada satu peratus bermakna kebolehjangkitan adalah rendah di Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham menjelaskan, meskipun rendah, sistem pemantauan di Malaysia masih dapat mengesan kes-kes ini kerana ia mempunyai kapasiti dan kapabiliti pengesanan yang baik.
Justeru, petugas kesihatan di sektor awam dan swasta akan terus diberi latihan dan maklumat terkini untuk mengesan serta mengurus kes-kes disyaki COVID-19 misalnya Influenza Like Illness (ILI) dan SARI.
Ia akan mengikut garis panduan terkini yang dibangunkan daripada maklumat terkini pelbagai sumber antarabangsa dan tempatan untuk kegunaan di dalam Malaysia.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#kalangan komuniti
#Ketua Pengarah Kesihatan
#pengesanan COVID-19
#SARI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan