KUALA LUMPUR: Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024 Siri 2 hari ini memaklumkan walaupun sistem itu dibangunkan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kos berjumlah RM0.75 juta, namun maklumat lengkap badan pengurusan seperti tarikh mesyuarat agung tahunan, tarikh penyata kewangan dan senarai jawatankuasa terkini bagi skim kediaman berstrata, tidak dapat diperoleh daripada sistem tersebut.
Semakan audit mendapati Pesuruhjaya Bangunan Putrajaya dan Labuan masing-masing telah mendaftarkan 14 skim dan sembilan skim ke dalam sistem eCOB, namun maklumat lengkap skim tersebut tidak dikemas kini.
Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur pula tidak mengguna pakai sistem eCOB dan merekodkan maklumat skim secara manual.
"KPKT tidak dapat menyelaras pengurusan kediaman berstrata oleh Pesuruhjaya Bangunan dengan berkesan melalui sistem eCOB, kerana sistem tersebut tidak dikemas kini atau diguna pakai sepenuhnya.
"Begitu juga di peringkat Pesuruhjaya Bangunan, kawal selia penubuhan badan pengurusan juga tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan, kerana rekod manual yang diselenggara adalah tidak lengkap," menurut laporan itu.
Pengauditan yang dijalankan itu juga mendapati, tiada agensi yang mengawal selia secara keseluruhan Pengeluaran Serentak Pemilikan Kosong dan Hak milik Strata (VPST), menyebabkan objektifnya tidak tercapai sekali gus menjejaskan urusan pindah milik serta meningkatkan risiko pertambahan kos yang ditanggung oleh kerajaan.
Selain itu, kurangnya koordinasi antara kementerian, agensi yang terlibat dalam pengeluaran hak milik strata, dan pihak pemaju, menyebabkan keberkesanan polisi VPST tidak dapat dinilai.
Sehubungan itu laporan itu mengesyorkan supaya KPKT dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, perlu menyusun semula polisi VPST berkenaan supaya pelaksanaannya dapat direalisasikan dengan penyelarasan di bawah satu kementerian induk.
Laporan berkenaan turut mengesyorkan supaya diwujudkan perkongsian dan pengintegrasian sistem maklumat antara semua pihak iaitu KPKT, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pihak Berkuasa Tempatan, pemaju dan badan pengurusan, bagi memastikan pengumpulan data secara lengkap, sistematik dan bersepadu dapat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
Sistem eCOB tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan. -Gambar hiasan
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.
JKPTG kenal pasti tanah Persekutuan yang terbiar untuk dioptimumkan
KPTG sedang mengenal pasti tanah-tanah Persekutuan yang kosong atau terbiar untuk dioptimumkan bagi tujuan sewaan atau pajakan selaras dengan Hala Tuju Pengurusan Tanah Persekutuan 2021-2030.
Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.
Prestasi kewangan kerajaan Persekutuan lebih baik pada 2023, catat lebihan hasil dan penurunan defisit - Laporan Audit
Kewangan kerajaan Persekutuan catat peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion pada 2023.
[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa 20 peratus aduan yang diterima antara 2022 sehingga Julai 2024 adalah berkaitan dengan urusan perolehan awam dan swasta.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
'HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan
Pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.