RESPON kepada kebimbangan Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke dan pihak MIROS mengenai ‘jalan maut’ yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi di Malaysia di antara jalan Ayer Hitam ke Batu Pahat melalui Jalan Kluang, beberapa inisiatif komprehensif boleh dipertimbangkan memandangkan jalan raya tersebut juga melalui beberapa kawasan institusi pengajian termasuklah UTHM.
Saya melihat kemalangan maut yang berlaku bukan sahaja melibatkan pengguna jalan raya sedia ada malah penuntut IPT di sekitarnya. Ini amat membimbangkan!
Kita sedar bahawa kesan dari pertambahan penduduk, laluan yang dulunya hanya satu lorong telah dinaik taraf dengan kelebaran jalan menjadi dua lorong bagi menampung jumlah kenderaan yang kian bertambah.
Wujudnya kawasan industri berskala besar di laluan ini seperti industri Sri Sulong dan kawasan industri di tepi jalan Kluang yang mempunyai kapasiti pekerja yang keluar masuk ke kawasan industri pada masa-masa tertentu (berwaktu) memberi kesan kepada aliran trafik di kawasan berkenaan.
Keadaan struktur jalan raya yang lurus, besar dan panjang sekarang adalah berbahaya kerana pemandu cenderung untuk memecut dan membelok tanpa memberikan isyarat.
Malah, laluan ini bukan sahaja menjadi tumpuan kepada kenderaan ringan tetapi juga kenderaan berat seperti lori dan bas.
Kita ambil maklum bahawa segala usaha penguatkuasaan berkemungkinan telah dilakukan oleh pihak berwajib, namun sikap pengguna yang masih cuai mengakibatkan kemalangan terus berlaku.
Selain dari faktor penguatkuasaan untuk mendidik pengguna jalan raya, mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan sistem pengurusan pengangkutan pintar merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut.
Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian saya, sesetengah kawasan di laluan Ayer Hitam hingga Batu Pahat melalui Jalan Kluang memerlukan tembok pembahagi jalan.
Kebiasaannya laluan ini digunakan oleh pengguna dan penduduk setempat (majoritinya kawasan perkampungan) untuk keluar atau masuk simpang jalan.
Tetapi, kebarangkalian berlaku kemalangan sangat tinggi sama ada pertembungan dari arah bertentangan, belakang ataupun di bahagian sisi.
Macam mana pula mereka yang ingin ke laluan seberang?
Untuk memastikan keselamatan terjamin, pusingan ‘U’ perlu dibuat di sesetengah kawasan laluan atau di persimpangan lampu isyarat.
Manakala jejantas pejalan kaki dan motosikal juga ditambah terutamanya kawasan yang menjadi tumpuan seperti kawasan persekolahan dan pekan berhampiran.
Bagi melancarkan pergerakan trafik dan persimpangan yang terlibat, teknologi kawalan trafik boleh dipraktikkan yang mampu menyesuaikan masa lampu isyarat sebagai tindak balas kepada jumlah lalu lintas dan kesesakan secara bebas seperti yang diamalkan di sesetengah kawasan bandar di Malaysia.
Garisan bagi laluan pejalan kaki juga diperkemas di persimpangan lampu isyarat agar memudahkan pergerakan.
Sistem amaran ataupun pengumuman juga boleh dipasang untuk memberi mesej peringatan kepada kenderaan yang menyekat kawasan kotak kuning tengah di persimpangan jalan.
Sistem ini boleh diintegrasi dengan kamera jarak jauh, melakukan pengumuman atau unit siren.
Bagi mengurangkan kelajuan trafik sedia ada (kebanyakan pemandu memecut di antara 60 hingga 110km/jam di laluan tertentu), papan tanda amaran, papan tanda peraturan dan tanda had laju perlu diperbanyakkan terutamanya di kawasan yang banyak terlibat dengan kemalangan.
Garisan kuning atau putih mungkin boleh ditambah mengikut kesesuaian, namun kualitinya juga perlu dijaga agar dapat memberi keselamatan kepada pengguna jalan raya terutamanya pemandu motosikal. Bonggol berkemungkinan juga boleh dipertimbangkan.
Terdapat juga laluan yang gelap kerana tiada kemudahan lampu jalan yang sebenarnya menyukarkan pemanduan terutamanya pada waktu malam.
Ini amat membahayakan! Oleh itu, usaha menaiktaraf insfrastruktur tersebut amat diperlukan sama sekali.
Kita juga boleh mempraktikkan Sistem Maklumat Lanjutan (ATIS) di kawasan tertentu yang mampu mengesan kesesakan lalu lintas, menganalisis lalu lintas, mengira masa perjalanan atau kelajuan kenderaan.
Ia boleh dikemas kini menerusi mesej papan tanda (papan tanda pembolehubah) yang dipasang secara strategik seperti mana kawasan-kawasan yang lain.
Perangkap laju ataupun teknologi AES merupakan langkah terakhir untuk memberikan kesedaran pengguna melalui penguatkuasaan undang-undang secara konsisten.
Perlaksanaan sistem pengurusan trafik pintar ini sememangnya melibatkan kos yang tinggi untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya.
Sejumlah peruntukan diperlukan daripada pihak kerajaan untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik. apa yang penting, dapat mengurangkan jumlah kemalangan maut di laluan ini.
Ini merupakan beberapa inisiatif yang menggabungkan di antara menaik taraf ciri keselamatan dan teknologi bagi jalan Ayer Hitam ke Batu Pahat.
Satu kajian komprehensif dan menyeluruh melibatkan kerjasama dari UTHM, Kementerian Pengangkutan, MIROS dan kerajaan tempatan perlu dilakukan segera agar jumlah kemalangan maut dapat dikurangkan serta merta.
Semua pihak harus serius untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai pihak yang bertanggungjawab kepada laluan tersebut perlu bekerjasama dengan pihak PBT dan UTHM untuk memastikan laluan berkenaan lebih selamat pada masa akan datang.
*Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah merupakan Penyelidik Utama, Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICoE-Rel), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ts Dr Mohd Fahmy Abdullah
Sun Jun 02 2019
Keadaan struktur jalan raya yang lurus, besar dan panjang sekarang adalah berbahaya kerana pemandu cenderung untuk memecut.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Liga-M: Kelantan beri jaminan akan selesai isu kemudahan Stadium Sultan Muhammad IV
Isu itu mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan pramusim Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) minggu lepas.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024