CYBERJAYA: Sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan di Cyberjaya berjaya mengurangkan pelepasan kira-kira 7,000 tan karbon dioksida setahun, berbanding sistem pendingin tradisional, kata Pemangku Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd Dr Mohd Hafiz Ibrahim.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri forum yang membincangkan landskap tenaga di Cyberjaya bertajuk 'Mempercepatkan Kecekapan Tenaga Cyberjaya' di sini pada Jumaat, beliau berkata sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan sejak 1999 itu, digunakan di lebih 46 bangunan di Cyberjaya setakat ini.
Beliau berkata sistem tersebut merupakan salah satu inisiatif Cyberview, selaku pembangun hab teknologi milik kerajaan, untuk menjadikan Cyberjaya bandar rendah karbon.
"Inisiatif ini antara rangka kerja standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) Cyberview bagi pelaksanaan pembangunan lestari Cyberjaya, dalam tempoh lima tahun," katanya.
Dalam rangka kerja berkenaan, Mohd Hafiz berkata pihaknya memberi fokus terhadap kecekapan tenaga, bangunan mampan dan reka bentuk bandar, serta pengurusan sisa mampan kepada kecekapan dalam penggunaan tenaga.
Selain itu, beliau berkata penggunaan tenaga solar sebagai tenaga alternatif melibatkan penggunaan tenaga dalam bangunan, turut menjadi sebahagian fokus mereka untuk menjadikan persekitaran hijau dan lebih bersih di Cyberjaya.
"Sejak 2016, sebanyak RM5 juta telah dilaburkan untuk membangun dan memasang sistem solar di Cyberjaya, termasuk pemasangan panel solar di kawasan tempat letak kereta dan bumbung bangunan," katanya.
Mohd Hafiz berkata terdapat dua syarikat tempatan yang berminat untuk melabur dalam sektor pembangunan solar di Cyberjaya dan ia masih di peringkat perbincangan.
Bagi pembangunan pusat data pada masa akan datang, beliau berkata Cyberview akan memberi tumpuan kepada mobiliti pintar, digital kreatif dan juga penjagaan kesihatan pintar sebagai sebahagian usaha ke arah Cyberjaya menuju bandar pintar.
"Pada masa sama, kita mempunyai rakan strategik seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi Digital Investment Office (DIO), iaitu platform usaha sama digital dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), untuk memudah cara pusat data atau pelabur yang membuat pelaburan digital," katanya setakat ini terdapat 14 pusat data di Cyberjaya.
Meskipun mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berminat untuk membuat pelaburan digital di Cyberjaya, namun pihaknya perlu memilih syarikat yang layak serta mematuhi terma dan syarat ditetapkan, katanya.
"Terdapat kira-kira 500 ekar tanah untuk tujuan membina pusat data, namun kita perlu bersikap selektif dalam memilih pihak atau syarikat pelabur, kerana ia perlu berasaskan kepada strategik dan teknikal," katanya.
Mengenai forum hari ini, Mohd Hafiz berkata ia dianjurkan, bagi membincangkan hala tuju dengan pemain industri landskap tenaga berhubung rancangan kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga, selaras dengan aspirasi menjadikan Cyberjaya bandar rendah karbon menjelang 2030, yang diharap dapat memanfaatkan bandar itu dan ekosistemnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023

Mohd Hafiz berkata terdapat dua syarikat tempatan yang berminat untuk melabur dalam sektor pembangunan solar di Cyberjaya dan ia masih di peringkat perbincangan. - Foto BERNAMA

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.

Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.

Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.

Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.

Sistem penyejukan berpusat di Cyberjaya, kurangkan pelepasan 7,000 tan karbon dioksida setahun
Sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan sejak 1999 itu, digunakan di lebih 46 bangunan di Cyberjaya setakat ini.