awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem perniagaan barter dihentikan di ESSZone - Musa Aman

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
06/04/2016
06:51 MYT
Sistem perniagaan barter dihentikan di ESSZone - Musa Aman
MUSA: Pelaksanaan perintah berkurung di Pantai Timur juga akan diubah suai serta berkuatkuasa sepenuhnya.
Kerajaan Negeri sebulat suara mengambil keputusan menggantung dan menghentikan serta-merta sebarang aktiviti perniagaan tukar barang (barter trade) dan aktiviti perdagangan petroleum serta gas di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, keputusan terbabit adalah sebagai langkah proaktif bagi memastikan insiden penculikan yang berlaku di perairan negeri itu tidak lagi berulang pada masa hadapan.
Beliau berkata, antara langkah lain yang diputuskan adalah penangguhan pelaksanaan feri penumpang antara Sabah dan negara Filipina menggunakan pelabuhan di daerah Kudat ke Palawan (Filipina).
"Keputusan menggantung serta-merta aktiviti barter trade di seluruh Sabah dan aktiviti perdagangan petroleum dan gas secara perkapalan di kawasan ESSZone ini menunjukkan Kerajaan tidak mahu berkompromi lagi mengenai hal-hal keselamatan.
"Pelaksanaan perintah berkurung di Pantai Timur juga akan diubah suai serta berkuatkuasa sepenuhnya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri, di sini, sebentar tadi.
Musa menambah, kerajaan turut sudah mengarahkan pasukan keselamatan untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja atau bot-bot dan kapal-kapal yang melanggar arahan di kawasan ESSZone.
Tegasnya, keputusan-keputusan terbabit diambil susulan beberapa insiden penculikan yang berlaku di Pantai Timur Sabah dan terbaru, membabitkan empat kru kapal tunda diculik oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata api berhampiran sempadan Pulau Ligitan, Semporna, pada 1 April lalu.
Topic Berkaitan
#barter trade
#berita penculikan Sabah
#Musa Aman
#sistem barter dihentikan di Sabah
#tukar barang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan