awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Aishah akan pulang dalam masa sembilan bulan lagi

Hakim Rahman
Hakim Rahman
30/11/2013
11:34 MYT
Siti Aishah akan pulang dalam masa sembilan bulan lagi
Siti Aishah Abdul Wahab yang menjadi hamba psikologi selama 30 tahun di London berjanji akan pulang ke Malaysia dalam masa sembilan bulan.
Hasrat itu dinyatakan kepada kakaknya Kamarmahtum yang berkesempatan mengadakan pertemuan selama lebih kurang 40 minit.
Kamarmahtum menerusi perbualan telefon dengan Astro AWANI memaklumkan dalam pertemuan itu Aishah juga berjanji akan pulang ke tanah air selepas segalanya selesai.
"Dalam pertemuan itu dia (Aishah) kata selepas sembilan bulan selepas siasatan selesai dia akan balik,
“Tapi itu pun kalau dia tidak pulang, hanya Allah saja yang mengetahui, itu antara dia dengan Allah,” kata ketika dihubungi.
Menurut Kamarmahtum sepanjang pertemuan itu juga, dia tidak berkesempatan untuk bertanyakan mengenai penghambaan adiknya itu.
"Kami hanya berjumpa dalam tempoh lebih kurang 40 minit jadi hanya itu masa yang saya ada untuk marah dia, peluk dia, cium dia dan itulah masanya saya hendak memberinya nasihat,” ujarnya lagi.
Kamarmahtum juga berharap Aishah tidak melupakan identitinya dan pulang ke tanah air satu hari nanti.
"Pertamanya, dia mesti menjadi seorang Muslim yang baik, kedua dia mesti baca Al-Quran, ketiga dia mesti balik ke Malaysia. Ini harapan saya dan saya harap harapan saya ini akan dimakbulkan Allah dan ia tidak sia-sia," katanya sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
Sebelum ini Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan Kamarmahtum Abdul Wahab telah berjumpa dengan Siti Aishah di suatu lokasi rahsia.
Perjumpaan selama setengah jam itu dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pihak Scotland Yard, dan ia merupakan perjumpaan pertama bersendirian di antara kedua-duanya.
Dalam pertemuan itu, Kamarmahtum meminta adiknya agar mengutus surat buat ahli keluarga yang masih diingatinya di Malaysia.
Pada 26 November lalu Kamarmahtum terbang ke United Kingdom untuk berjumpa adiknya dan dijangka tiba di Malaysia pada Ahad bersama anak saudaranya Zan Azlee Zainal Abidin yang juga merupakan Editor Majalah Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#hamba
#Kamarmahtum
#London
#SITI AISHAH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan