KUALA LUMPUR: Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sama ada dibebaskan atau disabit kesalahan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella, akan diketahui di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Keputusan di akhir kes pembelaan itu akan diputuskan oleh Hakim Izralizam Sanusi pada jam 10 pagi.
Dalam prosiding lalu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas dan Shakira Aliana Alias.
Suatu yang menarik perhatian apabila netizen mengkritik Siti Bainun kerana diwakili 10 peguam termasuk pembantu dari lima firma guaman, ketika di peringkat pendakwaan.
Malah kehidupan peribadi mereka menjadi bualan pelbagai pihak di media sosial.
Ia dihangatkan lagi oleh kenyataan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang membela Bella.
Sebahagian peguam yang mewakili Siti Bainun ialah Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Nur Ellena Mohamed Razif dan Asiah Abd Jalil.
Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan empat peguam yang dilantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertindak sebagai peguam pemerhati dalam kes itu.
Keputusan dibuat selepas barisan peguam itu yang diwakili Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan bahawa mereka telah dilantik menjadi peguam pemerhati bagi pihak remaja terbabit.
Selain Khairul Anwar, tiga lagi peguam pemerhati yang dilantik ialah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.
Perbicaraan kes itu bermula 30 Mac 2022 dan pihak pendakwaan menutup kes tersebut selepas memanggil 22 saksi.
Saksi-saksi pendakwaan yang hadir ialah Bella sendiri selaku saksi pendakwaan (SP) ke-18; SP-5, bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; SP-17, pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; SP-1, pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan SP-15, pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.
Pada 24 November tahun lalu, Siti Bainun menangis selepas mahkamah memerintahkannya untuk membela diri atas dua pertuduhan berkenaan.
Bagaikan 'jatuh ditimpa tangga', dua bulan selepas itu, dia sekali lagi menangis kerana kesemua peguam menarik diri sebelum prosiding kes bela diri bermula.
Peguam, Mohammad Farhan telah menarik diri pada 13 Januari, diikuti Nur Ellena dan Asiah. Peguam, Nur'Aminahtul Mardiah pula membuat permohonan penarikan diri ketika prosiding terbuka di mahkamah sementara Nurul Hafidzah mengambil tindakan sama dengan membuat permohonan secara bertulis.
Pada 26 Januari lalu, tertuduh memohon prosiding bela dirinya ditangguhkan sehingga keputusan khidmat peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) diperoleh dan dia memerlukan masa sebulan bagi membuat persiapan akhir.
Bagaimanapun, Izralizam berkata, prosiding bela diri diteruskan biarpun pengasas Rumah Bonda itu tidak diwakili peguam.
Izralizam mengarahkan tertuduh yang berusia 31 tahun membaca pernyataan saksinya setebal hampir 200 muka surat agar tidak mengganggu perjalanan kes.
Pada prosiding seterusnya, mahkamah tidak membenarkan Siti Bainun membaca sebahagian besar pernyataan saksinya. Ia berkaitan tangkap layar hantaran di media sosial Facebook Zurianty dan beberapa rakaman video Bella, termasuk pada sambutan hari raya.
Ia susulan, Zilfinaz memohon supaya beberapa perenggan itu dipadamkan kerana bersifat prejudis.
Tidak lama kemudian, Siti Bainun melantik semula seorang daripada lima peguam iaitu Mohammad Farhan, yang sebelum ini menarik diri daripada mewakilinya, untuk mengendalikan kes itu.
Mohammad Farhan memohon supaya mahkamah membenarkan anak guamnya membaca semua pernyataan bertulis yang dipohon pihak pendakwaan untuk dipadamkan, dengan alasan pernyataan saksi itu tidak bersifat prejudis.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Siti Bainun membaca dua perenggan dalam pernyataan saksinya itu.
Selepas memanggil lapan saksi, pihak pembelaan Siti Bainun menutup kesnya pada 9 Mac lalu.
Antara saksi yang hadir membela Siti Bainun ialah saksi pembelaan (SD) ketiga, rakan pengasas Rumah Bonda; Pegawai Tadbir, Noor Marliana Ramlee dan SD-6, Engku Farah Hanis Abdul Jalil serta SD-8, pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai.
Kes Bella tular di media sosial selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.
Susulan itu, pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Pada 20 November tahun sama, pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 02 2023
Keputusan di akhir kes pembelaan itu akan diputuskan oleh Hakim Izralizam Sanusi pada jam 10 pagi. - Foto fail/BERNAMA
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Tindakan Siti Bainun kejam, patut dihukum berat - Hakim
Tindakan Siti Bainun Ahd Razali terhadap kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella adalah kejam dan perlu diberikan hukuman yang berat.
Siti Bainun bebas atau bersalah, diketahui esok
Keputusan di akhir kes pembelaan itu akan diputuskan oleh Hakim Izralizam Sanusi pada jam 10 pagi.
Dakwaan Bella didera di bilik dobi tidak logik - Siti Bainun
Siti Bainun memberitahu mahkamah bahawa dakwaan dia telah mendera Bella di bilik dobi sebuah unit kondominium di Wangsa Maju adalah tidak masuk akal.
Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.
Kes aniaya Bella: Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok
Siti Bainun ddidakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.
Kes Siti Bainun: Ada unsur penderaan atau penganiayaan terhadap Bella - Saksi
Seorang pegawai penyiasat memberitahu mahkamah bahawa terdapat unsur penderaan atau penganiayaan terhadap remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.
Kes Siti Bainun: Bella sambung keterangan esok
Bella akan menyambung keterangannya esok dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
Kes Siti Bainun: Bella hadir beri keterangan secara tertutup
Bella memberi keterangan di Mahkamah Sesyen sebagai saksi pendakwaan ke-18 dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.
Kes Rumah Bonda: Saksi dedah Siti Bainun pernah dapatkan ubat rawatan terkena air panas
Saksi mendedahkan perkara itu ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik dihadapan Hakim Izralizam Sanusi.