KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari bermula 28 Nov kerana masalah kesihatan.
Hakim Izralizam Sanusi dijangka menetapkan tarikh itu Jumaat ini selepas peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor memaklumkan Siti Bainun dijangkiti bakteria dan perlu mengambil antibiotik selama 15 hari sebelum menjalani pembedahan hempedu.
"Jangkitan itu dikesan hasil daripada prosedur perubatan diagnostik atau endoskopi serta ujian darah di sebuah hospital semalam.
"Siti Bainun telah dibenarkan keluar dari hospital malam tadi dan telah diberikan MC dari 28 Nov hingga 19 Dis ini. Anak guam saya juga perlu kembali semula ke hospital pada 15 Dis untuk rawatan susulan manakala 20 Dis bagi menentukan sama ada pembedahan hempedu terhadapnya dapat diteruskan atau tidak," kata peguam itu semasa sebutan kes tersebut hari ini.
Pada 24 Nov lepas, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pula memohon kepastian berkaitan keadaan sebenar Siti Bainun.
"Kami bukan doktor untuk memahami laporan kesihatan kerana ia mempunyai banyak terma saintifik. Sebab itu kami mohon doktor dipanggil memberi keterangan mengenai laporan itu," katanya.
Bagaimanapun, Izralizam berkata tiada keperluan untuk memanggil doktor untuk memberi keterangan mengenai perkara itu dan mahkamah membenarkan penangguhan kerana tertuduh tidak sihat serta diberikan MC.
Isnin lepas, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya bermula pada 5 Dis kerana Siti Bainun dimasukkan ke wad akibat pneumonia (radang paru-paru).
Nur'Aminahtul Mardiah berkata pihaknya memohon untuk mendapatkan rakaman percakapan 15 saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pembelaan dan memanggil semula tiga saksi.
Siti Bainun, 30, didakwa mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Isnin lepas, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya bermula pada 5 Dis kerana Siti Bainun dimasukkan ke wad akibat pneumonia (radang paru-paru). - Gambar fail

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Mangsa banjir Johor menurun kepada 2,511
Jumlah mangsa banjir berkenaan melibatkan 697 keluarga dari tujuh daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Tidak pernah pijak atau tendang perut Bella - Siti Bainun
"Saya tidak mendera Bella. Jika benar saya berniat untuk mencederakan Bella, tidak mungkin saya akan cuba menyembuhkan Bella."

'Gigitan di perut Bella sebab bergaduh dengan Balqis' - Siti Bainun
"Mereka bergaduh kerana Bella telah menggunakan pencuci muka milik Balqis."

'Disebabkan video Bella, saya diugut bunuh setiap hari' - Siti Bainun
Siti Bainun memberitahu bahawa dia dikecam dan diugut bunuh, setiap hari disebabkan video kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella.

Siti Bainun menangis, semua peguam tarik diri
Tindakan dua peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali Bella, menyebabkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Tiga peguam tarik diri, prosiding bela diri Siti Bainun ditangguh lagi
Siti Bainun akan cuba mendapatkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan atau mencari peguam lain.

Siti Bainun beri keterangan Isnin ini
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali akan memberi keterangan dalam prosiding bela diri kes pertuduhan mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom Down dikenali Bella, Isnin ini.

Kes Bella: Prosiding bela diri Siti Bainun esok ditangguh lagi
Prosiding membela diri pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella ditangguhkan lagi.

Siti Bainun gagal dapatkan rakaman percakapan saksi
Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati rakaman percakapan itu dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang.

Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.

Siti Bainun menangis selepas diperintah bela diri
Siti Bainun sedih dan menitiskan air mata apabila dihampiri seorang wanita sebelum mereka berpelukan.