awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun

Bernama
Bernama
28/11/2024
05:20 MYT
Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini, menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Peguam Asyraaf Abu Bakar Hamzah memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid bahawa pihaknya mendapat arahan daripada Siti Bainun, 32, untuk menarik balik permohonan tersebut yang difailkan pada 6 Jun lepas.
"Kami mendapat arahan daripada anak guam (Siti Bainun) untuk menarik balik permohonan di Mahkamah Tinggi di sini dan akan memfokuskan kes di Mahkamah Rayuan kelak," kata peguam itu semasa sebutan kes yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Syajaratudur Abd Rahman.
Hakim Azhar kemudian membatalkan permohonan berkenaan.
Pada 2 Mei lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin (kini Hakim Mahkamah Rayuan) mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2023.
Bagaimanapun, Noorin mengarahkan peguam yang mewakili Siti Bainun untuk memfailkan permohonan lain bagi menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu sekiranya perlu.
Pada 20 Mei lepas, Siti Bainun menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Mei 2023 yang menolak permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara berkenaan.
Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta, selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.
Wanita itu kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara.
Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000 dan melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa sehingga mengakibatkan remaja perempuan sindrom Down itu mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, antara Februari hingga Jun 2021.
Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siti Bainun Ahd Razali
#hukuman penjara
#kes dera
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan