awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Zainon Ismail dipilih Sasterawan Negara ke-14

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2019
06:45 MYT
Siti Zainon Ismail dipilih Sasterawan Negara ke-14
Siti Zainon yang dilahirkan 18 Disember 1949 di Gombak, merupakan pengkaji seni budaya warisan Melayu selain aktif sebagai seniman penyair dan pelukis. - Foto Astro AWANI
Prof Dr Siti Zainon Ismail hari ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara sekali gus membawa gelaran Sasterawan Negara ke-14.
Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu sidang media di sini hari ini.
“Lantikan dibuat selepas panel bersetuju dengan nasihat Sasterawan Negara lain.

"Kita tak ketepikan pandangan sasterawan lain. Maka panel akhirnya memilih Siti Zainon Ismail sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-14.

"Gelaran tersebut juga melayakkan Siti Zainon menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM60,000, hak penerbitan sebanyak 50,000 naskhah buku atau nilai harga buku maksimum berjumlah RM500,000 untuk dibeli kerajaan dan disebarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.
"Siti Zainon juga akan menerima kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera, kemudahan untuk penerbitan karya, perterjemahan karya yang sesuai dalam bahasa asing dan elaun sara hidup sebanyak RM5,000 sebulan,” katanya dalam sidang media di KPM.
Siti Zainon yang dilahirkan 18 Disember 1949 di Gombak, merupakan pengkaji seni budaya warisan Melayu selain aktif sebagai seniman penyair dan pelukis.
Setakat ini beliau sudah menghasilkan tiga novel, 10 kumpulan cerpen, 25 kumpulan puisi, tujuh antologi cerpen dan lima antologi puisi.
Di peringkat antarabangsa, Siti Zainon turut diiktiraf pelbagai anugerah termasuk SEA Write Award pada 1989 dan Tokoh Anugerah Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) melibatkan Anugerah Seni Budaya 2015.
Topic Berkaitan
#Anugerah Sastera Negara
#Dr Maszlee Malik
#Menteri Pendidikan
#Prof Dr Siti Zainon Ismail
#Sasterawan Negara ke 14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan