awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat

Bernama
Bernama
18/01/2025
15:05 MYT
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Di PAHANG, satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, Raub yang menempatkan 32 mangsa daripada 13 keluarga ditutup 12 tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memaklumkan kesemua penduduk Kampung Ulu Sungai, Batu Malim yang terjejas sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di SABAH meningkat malam ini kepada 1,054 mangsa daripada 355 keluarga, berbanding 862 mangsa daripada 282 keluarga pagi tadi.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 993 mangsa daripada 338 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Pitas, manakala Paitan kekal 61 mangsa daripada 17 keluarga berlindung di tiga PPS.
"17 mangsa daripada enam keluarga yang sebelum ini ditempatkan di sebuah PPS di Kota Marudu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Tiada hujan turun malam ini di daerah Pitas dan Paitan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Sungai Kabatasan dan Sungai Bengkoka di Pitas telah melebihi paras bahaya pada bacaan pukul 1 tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Pahang
#Sabah
#meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan