awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi kewangan di Sri Lanka berbeza dengan Malaysia pada 1998 - Pakar ekonomi

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2022
15:39 MYT
Situasi kewangan di Sri Lanka berbeza dengan Malaysia pada 1998 - Pakar ekonomi
Memburukkan lagi keadaan, jelas Dr Nungsari, nilai mata wang semakin jatuh membuat kedudukan Sri Lanka bertambah tenat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan kerajaan Malaysia pada 1998 adalah berbeza dengan apa yang berlaku di Sri Lanka pada masa kini.
Menurut Pakar Ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi, masalah yang dihadapi oleh Sri Lanka masa kini adalah kerajaan tidak mempunyai kewangan yang kukuh di samping pihak swasta tidak mempunyai kuasa untuk membeli.
Memburukkan lagi keadaan, jelas Dr Nungsari, nilai mata wang semakin jatuh membuat kedudukan Sri Lanka bertambah tenat.
"Pada saya mungkin kerajaan (Sri Lanka) yang jatuh ini, mereka tidak sanggup menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh IMF kerana mereka kena membeli minyak dan sebagainya.
"Perbezaan Malaysia 1998 dan Sri Lanka 2022 adalah pada tahun 1998, kerajaan Malaysia mempunyai kewangan yang baik, swasta tidak baik.
"Tetapi sekarang ini di Malaysia terbalik, kedudukan kewangan kerajaan tidak baik, kedudukan kewangan swasta lebih kukuh sekarang," katanya program Agenda AWANI yang membincangkan topik mengenai krisis yang dihadapi oleh Sri Lanka pada masa kini.
Kerajaan Sri Lanka pada Rabu mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan perintah berkurung telah dikenakan di Wilayah Barat negara tersebut.
Polis juga telah menggunakan gas pemedih mata ke atas orang ramai yang melakukan tunjuk perasaan antikerajaan.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Sri Lanka
#kewangan
#kerajaan
#mata wang
#IMF
#nilai mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan