KUALA LUMPUR: Insiden tidak bertegur sapa, selisih faham dan 'bergaduh' merupakan perkara biasa dihadapi oleh pemain beregu, kata ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Hoon Thien How.
Beliau berkata gandingan Pearly Tan-M.Thinaah juga tidak terlepas daripada berdepan situasi berkenaan namun perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana ia sudah selesai setelah perbincangan secara terbuka bersama kedua-dua pemain diadakan selepas kejohanan Masters China baru-baru ini.
"Bagi saya, ia biasa sahaja untuk pasangan beregu. Ada pihak cakap hal ini macam mereka gaduh, mereka tak bertumbuk. Kalau gaduh, itu bagus sebab mereka fikir untuk menang, kalau tak bergaduh jurulatih lagi takut kerana kita tak tahu mereka fikir apa, mungkin mereka tak rasa nak menang, kalau pasangan buat silap pun tak tegur.
"Apabila meluahkan perasaan dan tegur kesilapan pasangan kena terima kerana kesilapan ini semua orang buat, tiada yang sempurna. Apa yang salah perlu diperbaiki," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.
Menurut Thien How, pasangan di ranking ke-12 dunia itu tidak menyertai latihan hari ini kerana diberikan cuti rehat selama seminggu.
Sebelum ini, penyokong badminton negara mencipta spekulasi di media sosial bahawa Pearly-Thinaah bergaduh selepas mereka dilihat tidak berkomunikasi ketika tewas kepada Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan pada pusingan pertama China Masters, Rabu lepas.
Mengulas mengenai prestasi keseluruhan pasangan negara pada musim ini, Thien How berkata mereka telah mempamerkan prestasi yang baik apabila mara ke final Masters Malaysia dan Terbuka Hong Kong.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China pada minggu depan, kerana tidak dapat beraksi dalam beberapa kejohanan sebelum ini, susulan kecederaan dialami oleh Pearly.
"Prestasi mereka bukannya tidak bagus kerana mereka telah ke separuh akhir beberapa kejohanan dan dua final, walaupun kita masih mampu lihat jurang apabila bertemu beregu utama, terutamanya dari Jepun dan China. Untuk mengatasi beregu utama, mereka perlu lebih bijak dan gunakan taktikal yang lebih baik, tidak hanya bergantung kepada kekuatan sahaja.
"Bagi Pearly, kita kenal pasti bahawa beliau perlu memperkuatkan teras kerana beliau adalah penyerang, kena kuatkan teras dan kaki. Kini beliau sudah lebihkan latihan teras, selepas dua kejohanan (Masters Jepun dan China), beliau tidak komen apa-apa mengenai sakit belakang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Sebelum ini, penyokong badminton negara mencipta spekulasi di media sosial bahawa Pearly-Thinaah bergaduh selepas mereka dilihat tidak berkomunikasi ketika tewas kepada Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong. - Gambar fail/Facebook BAM
Mahkamah benar permohonan Fahmi Fadzil pindah kes saman ke Mahkamah Tinggi lain
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes samannya terhadap Papagomo ke Mahkamah Tinggi lain.
[TERKINI] PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion bagi menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google pertama di Malaysia.
[TERKINI] Nahas helikopter TLDM akibat salah haluan
Nahas helikopter TLDM 23 April akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan, menyebabkan pelanggaran dengan helikopter AW-139.
Bekas Presiden PPOC mengaku pecah amanah hampir RM500,000
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman satu hari penjara bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh jatuh hukuman.
Bursa Malaysia dibuka rendah, lanjutkan kerugian
Bursa Malaysia melanjutkan aliran menurunnya untuk dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street.
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Fintech: Malaysians lead the world in mobile wallet usage
Malaysian consumers are leading the charge in embracing alternative payment methods and cutting-edge technologies, according to the latest findings from Adyen, a global financial technology platform for businesses. 63 per cent of Malaysians utilise mobile wallets for transactions, boasting the highest adoption rate globally based on a survey, the Adyen Index 2024 of over 38,000 shoppers and 13,000 merchants across 26 markets.Their Country Manager, Soon Yean Lee unveils these insights.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, meneruskan aliran penurunan semalam.
Pemandu lori maut dalam kemalangan babit lima motosikal
Ketika kejadian, mangsa sedang berkonvoi bersama 20 motosikal dari Simpang Ampat, Alor Gajah menuju ke Johor.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.
Badminton: Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah bantu BAM
Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah akan bantu mempersiapkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
Badminton: Pearly mahu pastikan bebas daripada kecederaan tahun depan
Pemain beregu wanita utama negara, Pearly Tan, mahu memastikan dirinya bebas daripada sebarang kecederaan sepanjang tahun depan.
Situasi Pearly-Thinaah perkara biasa - Jurulatih
Insiden tidak bertegur sapa, selisih faham dan 'bergaduh' merupakan perkara biasa dihadapi oleh pemain beregu, kata ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan Hoon Thien How.
Pearly-Thinaah terlepas gelaran juara Terbuka Hong Kong
Impian Pearly Tan-M Thinaah untuk merangkul gelaran pertama pada tahun ini tidak kesampaian setelah tewas kepada pasangan Indonesia.
Badminton Terbuka Hong Kong: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke separuh akhir
Pearly Tan-M Thinaah mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit mengecewakan Rawinda Prajongjai-Jongkolphan Kittitharakul dalam Terbuka Hong Kong.
Terbuka China: Pearly-Thinaah, Tze Yong terkandas
Pasangan regu wanita negara itu tewas kepada pasangan pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, dengan keputusan 16-21, 16-21.
Badminton: Mentaliti dan hati kami tak cukup kuat - Pearly
Kekuatan mental yang sering goyah terus menjadi igauan ngeri kepada beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah setiap kali beraksi di pentas tertinggi.