KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China, bermula 27 April-5 Mei ini.
Beliau sebaliknya memandang situasi tersebut dari sudut positif apabila boleh memberi tumpuan mempersiapkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos ini.
"Ini keputusan jurulatih sama ada mahu (kami) pergi atau tidak, ada faedahnya untuk kedua-dua situasi ini. Sekiranya pergi kami dapat main dan ambil semangat kejohanan.
"JIka tidak pergi pula kami ada masa panjang untuk latihan (persiapan ke Sukan Olimpik 2024)," katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini, hari ini.
Selasa lepas, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky tidak menolak kemungkinan bahawa Pearly-Thinaah mungkin disisihkan daripada skuad Piala Uber 2024 bagi membantu mereka fokus kepada persiapan Sukan Olimpik 2024.
Bagaimanapun, Rexy berkata barisan kejurulatihan perlu mendapatkan pandangan pihak pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum mengumumkan barisan akhir.
Malaysia, yang tidak pernah menjuarai Piala Uber dan turun selaku pilihan ke-10, bakal mengharungi laluan berliku pada edisi kali ini apabila diletakkan dalam Kumpulan B bersama pilihan keempat Thailand, Taiwan (pilihan keenam) dan Australia.
Dalam pada itu, Pearly mengakui berdepan cabaran getir selepas mereka diundi menentang pilihan kelapan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China, dari 9-14 April ini.
Justeru, pemain berusia 24 tahun itu berkata mereka akan berbincang bersama barisan kejurulatihan mengenai strategi yang tepat dalam usaha mengatasi pasangan dari negara matahari terbit itu.
Biarpun gandingan Matsumoto-Nagahara berada di ranking kelapan, namun rekod perlawanan tetap memihak pasangan negara yang menghuni kedudukan ke-13 dunia apabila menang tiga daripada empat pertemuan sebelum ini.
Sementara itu, pemain beregu lelaki negara, Goh Sze Fei mengakui berasa tertekan apabila beliau dan pasangan Nur Izzuddin Rumsani, bakal membuka kempen BAC 2024 menentang juara bertahan dunia dan pilihan kedua dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.
"Tekanan ada namun kena tangani dengan cara yang bagus...kami tak boleh fikir banyak, cuma perlu cuba yang terbaik dan kemudian bincang dengan jurulatih apa strategi yang perlu dipakai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Pearly (kanan) memandang situasi tersebut dari sudut positif apabila boleh memberi tumpuan mempersiapkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos ini. - Foto Bernama
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.