PEMAIN skuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangari membuktikan kelas tersendiri dalam gaya, mutu mahupun keunggulan sukan tersebut apabila merangkul Kejuaraan Klasik London.
Dalam perlawanan akhir di Alexandra Palace London itu, pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia tersebut menoktahkan secara konsisten siri pengembaraan hebat apabila menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy, 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam aksi 81 minit.
Kemenangan kedua dalam enam pertemuan kedua-dua bintang sukan raket tersebut yang membolehkan juara Sukan Asia Hangzhou 2022 itu membawa pulang hadiah wang tunai AS$17,598 (RM83,141).
Selain kejuaraan berstatus emas arena skuasy berkenaan juga bakal melonjakkan atlet bumi jelapang padi Kedah Darul Aman berkenaan dalam status ranking 10 dunia pertama kali sepanjang kariernya.
Kejayaan itu menyaksikan Sivasangari menjadi pemain pertama negara mara ke perlawanan akhir yang kali terakhir dijelmakan legenda skuasy Datuk Nicol David pada 2015.
“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kemenangan pada hari ini.
"Saya sangat gembira apabila berjaya mengendalikan permainan sepanjang minggu ini.
"Gembira berjaya menewaskan pemain kelompok 10 teratas dunia sebanyak tiga kali yang berada dalam prestasi terbaik masing-masing.
"Saya gembira dengan kemenangan ini," kata Sivasangari selepas perlawanan.
Bintang skuasy kelahiran Sungai Petani, Kedah sebelum itu mencipta sensasi apabila bangkit selepas tewas set pertama untuk menjinakkan pemain nombor empat dunia dari Belgium, Nele Gilis, 10-12, 11-7, 11-8, 10-12, 11-9 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 94 minit
Sivasangari sebelum itu menyingkirkan cabaran pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini, 11-9, 11-9, pada suku akhir saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 01 2024
Sivasangari membuktikan dia berada di kelas tersendiri dalam sukan skuasy apabila merangkul Kejuaraan Klasik London. - Facebook Squash Racquets Association of Malaysia
Softbank bangunkan AI yang kurangkan kemarahan pemanggil talian khidmat pelanggan
Ketika melayan pemanggil, pekerja boleh mengaktifkan AI ini jika merasakan mereka tidak lagi tahan dengan tona suara yang tinggi atau menjerit.
Krisis kemanusiaan Gaza paksa rakyat minum air kumbahan
Pengarah Wilayah Mediterranean Timur WHO berkata krisisi kemanusiaan yang berlarutan di Palestin telah memaksa penduduk minum air kumbahan dan boleh memberi risiko kesihatan terus kepada kanak-kanak.
Penjenayah seks kanak-kanak boleh dihukum kembiri
Louisiana meluluskan undang-undang yang membolehkan penjenayah seks terhadap kanak-kanak dihukum kembiri atau kemaluan dibuang secara pembedahan.
Anwar ucap tahniah kepada Narendra Modi
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keterujuaan untuk terus bekerjasama bagi mengeratkan hubungan persahabatan Malaysia-India.
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema sambutan Hari Kebangsaan 2024
Kerajaan Perpaduan hari ini mengumumkan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka' bagi sambutan Hari Kebangsaan untuk edisi tahun ini. Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, Fahmi Fadzil berkata, tema tersebut dipilih bagi menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif.
Tindakan JKDM adalah selaras dengan dasar kerajaan
Pada masa sama, fahmi berkata tindakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis yang mengekang kemasukan motolori dari negara jiran yang membawa kontena berlogo syarikat berpangkalan di Israel daripada memasuki Malaysia, adalah selaras dengan dasar kerajaan.
Malaysia tidak iktiraf tindakan bersifat unilateral
Malaysia tidak mengiktiraf sebarang tindakan sekatan yang bersifat unilateral yang tidak menggunapakai mekanisma digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
[TERKINI] Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani
Ikuti majlis peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani Anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Tiga agensi bongkar sindiket lari cukai terbesar di Pelabuhan Klang
Gabungan pasukan risikan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membongkar kegiatan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang melibatkan hasil ketirisan cukai RM3.5 bilion.
PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India
Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang mencatatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy Klasik London: Sivasangari tamatkan penantian sembilan tahun negara ke final
Sivasangari menjadi pemain Malaysia pertama ke final kejohanan tahap emas Jelajah PSA selepas kali terakhir dilakukan Nicol David pada 2015.