awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy Klasik London: Sivasangari tamatkan penantian sembilan tahun negara ke final

Astro Arena
Astro Arena
01/04/2024
02:10 MYT
Skuasy Klasik London: Sivasangari tamatkan penantian sembilan tahun negara ke final
Aksi Sivasangari selepas berjaya mengetepikan pemain keempat dunia Nele Gilis dari Belgium dalam aksi separuh akhir Kejohanan Skuasy Klasik London yang berlangsung lebih satu jam di Alexandra Palace, London. - Facebook SRAM
RATU skuasy negara, S. Sivasangari, bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke final kejohanan kategori Jelajah Dunia Emas PSA buat kali pertama dalam kariernya dengan mengejutkan wakil Belgium, Nele Gilis, dalam separuh akhir Kejohanan Skuasy Klasik London awal pagi tadi.
Kejayaan itu turut menyaksikan Sivasangari menjadi pemain Malaysia pertama ke final kejohanan tahap emas Jelajah PSA selepas kali terakhir dilakukan Datuk Nicol David pada 2015.
Pemain nombor empat dunia, Gilis, mendahului 3-0 dalam rekod pertemuan dengan Sivasangari tetapi jelas berhati-hati dengan pemain di ranking ke-16 dunia berkenaan, terutama selepas Sivasangari menumbangkan pemain nombor satu dunia, Nour El Sherbini, dalam suku akhir.
Sivasangari layak ke final dengan mencatatkan kemenangan 10-12, 11-7, 11-8, 10-12, 11-9 selepas bertarung selama 94 minit.
Dia seterusnya akan bertemu pemain pilihan kedua dari Mesir, Hania El Hammamy, bagi penentuan kejuaraan malam ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan Sivasangari berkata, beliau puas hati dengan permainan dipamerkannya sehingga dapat menewaskan Gilis yang disifatkannya sebagai pejuang.
“Saya menang hari ini, saya mengambil sikap positif daripada kemenangan semalam dan percaya pada diri sendiri. Gilis adalah seorang pejuang, dia sentiasa menekan, menggugat mental lawan melalui pukulannya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Sivasangari
#Skuasy Klasik London
#Nele Gilis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan