awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SK Dalam Wang di Baling ditutup berkuat kuasa Ahad ini - KPM

Bernama
Bernama
16/10/2020
21:48 MYT
SK Dalam Wang di Baling ditutup berkuat kuasa Ahad ini - KPM
Sekolah Kebangsaan Dalam Wang terletak di dalam kawasan PKPB Kampung Padang Che Mas, Baling. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Sekolah Kebangsaan Dalam Wang yang terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah akan ditutup bermula 18 sehingga 31 Okt ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan malam tadi berkata penutupan berkenaan selaras dengan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan PKPB di kawasan itu.
Menurut kenyataan itu penutupan sekolah itu melibatkan 22 guru dan anggota kumpulan pelaksana serta 214 murid.
"Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah diarah untuk memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah," menurut kenyataan itu.
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.
Ismail Sabri pada Jumaat mengumumkan pelaksanaan PKPB selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), selepas mendengar cadangan daripada MKN negeri Kedah mengenai situasi semasa COVID-19 di kampung berkenaan.
Sehingga 12 Okt, sebanyak 236 individu di Kampung Padang Che Mas disaring secara bersasar dan diberikan arahan kuarantin selama 14 hari di rumah dan memakai gelang kuarantin manakala 25 individu didapati positif COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah
#tutup
#Baling
#Kedah
#COVID-19
#guru
#murid
#pengajaran dan pembelajaran
#rumah
#PKPB
#MKN Kedah
#Kampung Padang Che MAs
#kuarantin
#gelang
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Pendidikan
#SK Dalam Wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan