awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal LCS: Pemadaman fakta tidak jejas keseluruhan laporan JKSTUPKK - PAC

Bernama
Bernama
17/08/2022
12:57 MYT
Skandal LCS: Pemadaman fakta tidak jejas keseluruhan laporan JKSTUPKK - PAC
Wong Kah Woh memaklumkan ia sejajar keputusan Kabinet pada 10 Ogos lepas yang mengarahkan JPM menyahklasifikasikan laporan berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen menerima laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung perolehan enam Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasikan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia sejajar keputusan Kabinet pada 10 Ogos lepas yang mengarahkan JPM menyahklasifikasikan laporan berkenaan.
Beliau berkata ini selaras dengan syor PAC dalam laporannya mengenai perolehan LCS yang dibentangkan di Parlimen 4 Ogos lepas.
"Ada beberapa fakta dalam laporan berkenaan yang dipadamkan oleh JPM, namun pada keseluruhannya ia tidak menjejaskan fakta keseluruhan laporan berkenaan.
"Bagaimanapun, PAC tetap berpendirian bahawa pemadaman maklumat tersebut adalah tidak perlu kerana maklumat berkenaan dengan Pengarah dan Pemegang Saham Boustead Holdings Bhd, Boustead Naval Shipyard (BNS) dan Perstim Industries Sdn Bhd yang dipadamkan sememangnya merupakan maklumat terbuka dan boleh didapati dengan suatu carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya.
BACA: Cadangan tubuh RCI telah dibawa ke Kabinet - Hishammuddin
BACA: Zahid setuju ubah reka bentuk LCS selepas disyor BNS - Laporan JKSTUPKK
Menurutnya, laporan JKSTUPKK berhubung projek LCS itu boleh diakses di pautan https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-257-317.pdf.
Wong berkata PAC juga masih menunggu laporan pengauditan forensik yang dibuat syarikat BNS untuk dinyahklasifikasikan selaras dengan keputusan Kabinet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skandal LCS
#PAC
#Wong Kah Woh
#pemadaman fakta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan