MALAYSIA
Skandal Lebuh Raya MEX II: Abu Sahid, Wee Leong akan didakwa lagi

Abu Sahid Mohamed (berkerusi roda) akan didakwa sekali lagi berhubung dakwaan penyalahgunaan dana projek lebuh raya bernilai kira-kira RM314 juta. -Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengarah Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan Datuk Yap Wee Leong akan didakwa sekali lagi berhubung dakwaan penyalahgunaan dana projek lebuh raya bernilai kira-kira RM314 juta.
Ringkasan AI
- Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan Datuk Yap Wee Leong akan didakwa semula atas dakwaan penyalahgunaan dana projek lebuh raya bernilai kira-kira RM314 juta.
- Abu Sahid berdepan tujuh pertuduhan melibatkan RM145 juta, manakala Wee Leong berdepan 18 pertuduhan termasuk sembilan di bawah Akta SPRM dan baki di bawah Akta AMLA.
- Kedua-dua individu sebelum ini telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan pecah amanah dan dokumen palsu melibatkan projek MEX II.
Sementara itu, Wee Leong pula akan berdepan 18 pertuduhan termasuk sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 melibatkan jumlah RM209 juta.
Baki pertuduhan melibatkan jumlah RM387 juta akan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
"Pertuduhan terhadap kedua-dua individu itu akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Pada Isnin, Abu Sahid dituduh di mahkamah atas empat pertuduhan pecah amanah kira-kira RM313 juta serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139.2 juta.
Wee Leong pula didakwa atas pertuduhan menggunakan 17 dokumen progress claim palsu antara Jun 2017 hingga April 2018 membabitkan tuntutan kerja tanah, saliran, cerun dan pembinaan subgred bagi projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) dengan jumlah keseluruhan melebihi RM314 juta.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami