awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal rasuah seks exco: 'Itu permainan musuh politik' - Ab Rauf

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/04/2023
10:09 MYT
Skandal rasuah seks exco: 'Itu permainan musuh politik' - Ab Rauf
Ab Rauf enggan ambil pusing mahupun melatah dengan dakwaan yang dilihat sebagai permainan oleh musuh politik. - Gambar fail
MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan dakwaan kononnya seorang exco negeri itu terlibat dengan skandal seks sebagai suatu fitnah.
Tidak mahu menafikan atau mengiyakan perkara berkenaan, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menegaskan, beliau enggan ambil pusing mahupun melatah dengan dakwaan yang dilihat sebagai ‘permainan’ oleh musuh politik.
“Saya nak beritahu bahawa orang zaman dunia siber ni boleh buat macam-macam. Saya tak nak menafikan benda tu betul atau tidak. Saya menganggap benda ni sebagai satu fitnah yang harus kita lihat dalam dunia serba moden ni.
“Fitnah ni pelbagai bentuk… saya yakin sebab pengalaman ni ramai orang dapat, rasa sama saja. Saya pun tahu, saya pun lihat bahawa ini adalah permainan musuh politik dalam suasana politik yang dah stabil ini. Mereka cemburu dengan suasana (kestabilan),” ulas beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang aktivis di Facebook yang tular berhubung kononnya seorang exco negeri itu terlibat dalam rasuah seks. Ab Rauf berkata, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan exco yang dikaitkan dengan isu berkenaan untuk membuat laporan polis atau sebaliknya.
Tambah beliau, fokusnya ketika ini adalah untuk membina dan membawa Melaka ke arah yang lebih baik bersama barisan exco yang dilantik.
Topic Berkaitan
#Exco
#Skandal Seks
#Melaka
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan