Tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa tahun ini lebih panjang iaitu 30 hari berbanding 15 hari sebelum ini dan membabitkan penambahan senarai barangan iaitu 27 jenis berbanding 21 sebelum ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh 30 hari itu, yang bermula pada 21 Mei hingga 19 Jun, merangkumi 15 hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan 14 hari selepas hari perayaan.
"Tahun ini ada tambahan barangan berbanding pelaksanaannya pada tahun lepas," katanya dalam sidang media bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub di sini pada Rabu.
Senarai tambahan itu melibatkan ikan segar beku kembung, ikan segar beku selar, ikan segar beku selayang, kacang panjang, kacang tanah dan cili kering, katanya.
Barangan lain yang disenaraikan dalam skim itu ialah ayam (hidup, standard, super), telur ayam (gred A, B, C), daging lembu (tempatan, import), daging kerbau import (India), kobis bulat import, kelapa parut dan bawang (merah kecil India, besar import).
Saifuddin turut mengumumkan pelaksanaan SHMMP Pesta Kaamatan yang bermula 23 Mei hingga 5 Jun dan SHMMP Hari Gawai bermula 25 Mei hingga 7 Jun selama 14 hari.
"Tempoh 14 hari itu membabitkan tujuh hari sebelum, pada hari perayaan dan enam hari selepas hari perayaan berbanding tujuh hari pelaksanaannya sebelum ini,"katanya.
Sebanyak 14 jenis barangan terlibat dalam pelaksanaan SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai berbanding 13 barangan sebelum ini dimana pertambahan itu membabitkan cili kering, katanya.
Bagi mengekang kenaikan harga tidak munasabah, Saifuddin berkata tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara.
Sementara itu, Salahuddin berkata pihaknya memberi jaminan bahawa bekalan makanan mencukupi sepanjang bulan Ramadan hingga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan pertambahan 10 peratus jumlah bekalan berbanding tahun sebelumnya.
Beliau berkata jualan Jimat Belanja Aidilfitri@Pasar Tani akan diadakan selama lima hari sebelum Aidilfitri di beberapa pasar tani terpilih bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan makanan pada harga berpatutan.
"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bekerjasama erat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam memastikan bekalan mencukupi serta harga bahan makanan berpatutan sepanjang musim perayaan ini," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed May 15 2019
Saifuddin (dua, kiri) bersama Salahuddin (empat, kanan) ketika mengumumkan penentuan harga maksimum barangan harga terkawal musim perayaan di Kementeriannya, 15 Mei, 2019. - BERNAMA
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
COVID-19: Trump umum sekatan perjalanan ke semua negara Eropah kecuali UK
kesemua perjalanan dari Eropah akan digantung selama 30 hari.
Skim harga barang: Tempoh dilanjutkan, lebih barangan disenaraikan
Tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa tahun ini lebih panjang iaitu 30 hari berbanding 15 hari sebelum ini.
Di manakah ibu Nur Aaliya Safiyya?
Ibu kepada bayi berusia 30 hari itu dicari bagi melengkapkan syarat mendapatkan sijil kelahiran JPN yang masih belum diluluskan.
RoS akan keluar notis pembubaran PPBM
Notis pembubaran akan dikeluarkan terhadap PPBM jika gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki RoS dalam tempoh 30 hari.