awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah

Amirul Aiman
Amirul Aiman
26/11/2024
04:23 MYT
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
"Kerajaan sentiasa peka kepada penglibatan golongan B40 untuk meningkatkan coverage (liputan) yang kita berikan kepada mereka dalam segi insurans,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Menurut beliau, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Beliau juga mengesahkan bahawa skim MySalam akan kekal berkuat kuasa sehingga akhir tahun 2024.
"Seperti saya katakan tadi, buat masa sekarang, MySalam akan terus berkuat kuasa sampai hujung tahun depan.
“Dan Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan sekarang tengah berusaha untuk memanjangkan skim MySalam untuk lagi dua tahun,” jelas beliau.
Beliau menegaskan usaha ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan perlindungan insurans dalam menghadapi cabaran kewangan.
Topic Berkaitan
#MySalam
#Amir Hamzah Azizan
#perlindungan sosial
#B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan