awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim pencen wakil rakyat: DAP bersama kerajaan - Loke

Bernama
Bernama
30/01/2024
12:08 MYT
Skim pencen wakil rakyat: DAP bersama kerajaan - Loke
Loke berkata, tiada masalah bagi anggota DAP mengikut perubahan berkenaan dan mereka bersedia berkorban bagi mendepani cabaran besar terhadap kewangan negara. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: DAP tetap bersama-sama kerajaan dalam membuat perubahan membabitkan isu skim pencen wakil rakyat, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke.
Beliau berkata sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan pemimpin politik, tiada masalah bagi anggota parti itu mengikut perubahan berkenaan dan mereka bersedia berkorban bagi mendepani cabaran besar terhadap kewangan negara.
"Soal pencen itu kita tidak ada masalah, DAP akan bersama-sama dengan kerajaan dalam membuat perubahan ini kerana perubahan yang kita kena buat ini adalah disebabkan cabaran besar kepada kewangan negara.
"Saya yakin ini satu semangat yang kita akan bawa dalam parti dan kerajaan kerana apabila kita buat sebarang perubahan, sudah tentu sebagai pemimpin politik kita kena tunjuk contoh dan teladan yang baik," kata Menteri Pengangkutan itu pada Sidang Media Nombor Pendaftaran Istimewa di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata wakil rakyat yang menerima lebih daripada satu skim pencen memiliki tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu skim pencen.
Perkara itu juga susulan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar pengambilan baharu secara tetap tetapi tidak berpencen.
Dalam pada itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata Akta Saraan Ahli Parlimen dan enakmen di setiap Dewan Undangan Negeri perlu dipinda bagi tujuan itu.
"Contohnya macam saya, saya juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)....ADUN ada pencen di bawah negeri, bukan dari Persekutuan.
"Jadi kalau dalam keadaan di mana seseorang itu ada pelbagai kapasiti, mungkin kena ada pindaan undang-undang untuk hadkan seseorang itu hanya layak terima satu pencen," kata ADUN Chennah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pencen
#wakil rakyat
#cabaran besar
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan