awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim subsidi bil elektrik untuk miskin tegar

Sinar Harian
Sinar Harian
18/09/2018
05:57 MYT
Skim subsidi bil elektrik untuk miskin tegar
Bagi mempertingkatkan penjimatan dan kecekapan tenaga di negara ini, Rang Undang-Undang Kecekapan Tenaga akan dibentangkan dalam sesi Parlimen pada pertengahan tahun hadapan. - Gambar hiasan
Kerajaan akan memperkenalkan skim subsidi bil elektrik kepada golongan miskin tegar dalam masa terdekat.
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, mereka yang menerima skim ini mestilah berdaftar di bawah program e-Kasih.
"Kita akan perkenalkan skim ini kepada golongan yang benar-benar miskin tegar daripada 179,000 yang berdaftar dengan program e-Kasih," katanya selepas merasmikan program 'Reimaging Utility Of The Future di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Katanya, perincian mengenai pelaksanaan perkara itu akan diumum kerajaan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, beliau berkata bagi mempertingkatkan penjimatan dan kecekapan tenaga di negara ini, Rang Undang-Undang Kecekapan Tenaga akan dibentangkan dalam sesi Parlimen pada pertengahan tahun hadapan.
Program e-Kasih merupakan satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
e-Kasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007.
Bertitik tolak daripada keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan mula digunakan pada Jun 2008.
Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam e-Kasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM).
BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada e-Kasih. BIRM terdiri daripada dua fasa.
Topic Berkaitan
#bil elektrik
#e-Kasih
#jemaah menteri
#kabinet
#kecekapan tenaga
#kerajaan
#miskin tegar
#Parlimen
#penjimatan
#perincian
#subsidi
#undang-undang
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan