awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKM saran koperasi ceburi bidang agromakanan

Bernama
Bernama
15/04/2023
22:07 MYT
SKM saran koperasi ceburi bidang agromakanan
UMAR: Setakat ini jumlah koperasi yang terlibat dalam sektor pengeluaran makanan agak kecil berbanding jumlah keseluruhan 15,318 koperasi yang berdaftar. - Gambar fail BERNAMA
KOTA BHARU: Pertubuhan koperasi di seluruh negara disaran segera merebut peluang menceburi bidang agromakanan dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan pengeluaran keperluan utama itu terjamin.
Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Umar Sarim Saidin berkata Kementerian Pembangunan dan Koperasi menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi membiayai koperasi yang berminat.
"Mana-mana koperasi yang berminat, layak mendapat pembiayaan sehingga RM3 juta bagi tujuan berkenaan. Ia terbuka kepada semua jenis koperasi termasuk koperasi kecil, sederhana dan besar.
"Setakat ini jumlah koperasi yang terlibat dalam sektor pengeluaran makanan agak kecil berbanding jumlah keseluruhan 15,318 koperasi yang berdaftar. Kalau boleh kita mahu peruntukan ini dimanfaatkan sepenuhnya dalam tahun ini juga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pengiktirafan Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2022, di sini semalam, yang menyaksikan lima koperasi Kelantan berjaya tersenarai antara 100 koperasi terbaik seluruh negara dan 12 lagi dalam senarai 350 koperasi terbaik.
Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) dinobatkan koperasi terbaik di Kelantan selepas berjaya menduduki tangga ke empat dalam senarai 100 koperasi terbaik negara.
Umar Sarim berkata pemilihan itu dinilai segi kewangan koperasi selain tadbir urus aset, pendapatan tahunan, perbelanjaan berhemah dan keperihatinan koperasi kepada anggota dan masyarakat.
Katanya koperasi kecil dan sederhana boleh menggandakan usaha mendapat tempat dalam senarai 100 koperasi terbaik bagi menikmati pelbagai pembiayaan daripada KUSKOP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#koperasi
#Agromakanan
#Umar Sarim Saidin
#pengeluaran makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan