KUALA LUMPUR: Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, ejen atau syarikat dalam urusan penubuhan koperasi.
Dalam satu kenyataan, SKM menjelaskan, orang ramai, boleh berurusan terus dengan pegawai di pejabat SKM cawangan negeri dan wilayah bagi urusan penubuhan koperasi.
"Perkara ini perlu ditegaskan kerana terdapat koperasi yang dalam proses penubuhan memaklumkan mereka telah membuat bayaran kepada ejen semasa proses penubuhan koperasi.
"Sehubungan dengan itu, SKM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan perkhidmatan yang ditawarkan serta mendapatkan maklumat dan pengesahan lanjut daripada pihak SKM terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan atau keputusan," jelas kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh dimajukan kepada SKM melalui talian 03-20834000 atau melalui aplikasi WhatsApp Hotline SKM di talian 019-2445339 atau emel [email protected].
Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh, sebelum ini menyarankan kerajaan mempertimbangkan keterbukaan ruang dan peluang kepada koperasi yang berkaliber dan layak untuk menyertai equiti dalam syarikat milik kerajaan (GLC).
Katanya, peluang itu dapat membantu kerajaan kembali meningkatkan ekonomi negara sekali gus mengatasi masalah penyusutan ekonomi ketika ini.
Sebelum ini juga, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SKM memperuntukkan bantuan kecemasan koperasi berjumlah RM1 juta bagi meringankan beban koperasi-koperasi yang terjejas teruk akibat banjir di beberapa negeri di seluruh negara.
Jelasnya, dana bantuan di bawah Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi itu akan disalurkan kepada 73 buah koperasi yang telah dikenal pasti di semua negeri-negeri terlibat.
Astro Awani
Wed May 19 2021
SKM menjelaskan, orang ramai, boleh berurusan terus dengan pegawai di pejabat SKM cawangan negeri dan wilayah bagi urusan penubuhan koperasi. - Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
Hanya 10 peratus masjid di Malaysia tubuh koperasi kariah - SKM
Hanya 10 peratus atau 657 daripada lebih 6,000 masjid di seluruh Malaysia menubuhkan koperasi kariah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar.
SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah
Sebanyak 17 koperasi menerima kelulusan melalui SKM untuk menerima pembiayaan dan bantuan terbabit.
Jualan MADANI Koperasi Usahawan rekod nilai jualan RM4.8 juta setakat 30 Jun - SKM
Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) di seluruh negara merekodkan nilai jualan sebanyak RM4.8 juta setakat 30 Jun lepas.
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon
Gerakan koperasi negara membangun pesat hasil kerjasama erat KUSKOP dengan pelbagai agensi antaranya SKM, IKMa dan ANGKASA.
25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.
Kerajaan cadang iktiraf SKM sama seperti SPM
Kerajaan bercadang untuk mengiktiraf SKM agar setaraf SPM dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
SKM bangunkan pelan antirasuah, banteras penyelewengan dalam organisasi
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2023-2025 sebagai usaha membanteras amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi.
Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.