awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKMM akan siasat aplikasi 'Sugarbook'

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2021
03:13 MYT
SKMM akan siasat aplikasi 'Sugarbook'
SKMM berkata jika terdapat unsur kegiatan pelacuran, tindakan lanjut akan dijalankan oleh PDRM. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau dan menyiasat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) aplikasi mencari teman ‘Sugarbook’ dan akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara ini.
Jika terdapat unsur kegiatan pelacuran, tindakan lanjut akan dijalankan oleh PDRM.
Dalam satu kenyataan, SKMM berkata pihaknya sedia maklum dengan gimik pemasaran laman 'Sugarbook' yang baru-baru ini mendakwa ramai wanita Malaysia, terutamanya penuntut universiti, menawarkan diri sebagai 'sugar baby' di laman aplikasi tersebut.
“Dakwaan seperti yang terdapat dalam gimik pemasaran itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati untuk tujuan yang berlainan termasuk untuk memperdaya mangsa,” kata kenyataan itu.
Dalam masa yang sama, SKMM menyeru agar ibu bapa dan penjaga sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak dalam talian dan sentiasa peka dengan perubahan gaya hidup yang boleh menimbulkan keraguan.
Selain daripada Sugarbook, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan mencari pasangan dalam talian.
Tegas SKMM, pengguna harus sedar bahawa mereka mudah tertipu dan terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.
Topic Berkaitan
#sugarbook
#Sugardaddy
#Sugarbaby
#Polis Diraja Malaysia
#undang-undang
#PDRM
#SKMM
#jenayah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan