awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKMM tahan, siasat lelaki tohmah kepimpinan negara - Jailani

Bernama
Bernama
07/01/2017
11:11 MYT
SKMM tahan, siasat lelaki tohmah kepimpinan negara - Jailani
JAILANI: SKMM telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mentohmah kepimpinan negara yang viral di laman sosial. - Gambar fail
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataan mentohmah kepimpinan negara yang viral di laman sosial, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata individu yang berasal dari Sabah dan menetap di Dungun, Terengganu itu ditahan beberapa hari lalu.
"Maklumat terperinci masih belum dapat didedahkan kerana ia masih dalam proses siasatan dan kes ini disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada pemberita selepas menyertai gotong-royong membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mahmudiah yang terjejas banjir.
Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata pihaknya mengingatkan orang ramai terutamanya pengguna media sosial supaya tidak mengambil kesempatan untuk menyebarkan perkara yang tidak berfaedah.
"Saya beri amaran... mana-mana pihak buat fitnah...kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan, Akta Fitnah serta Kanun Keseksaan mengikut kesalahan yang dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Fitnah
#akta hasutan
#Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
#Datuk Jailani Johari
#Kanun Keseksaan
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan