awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IKM, KKTM, MJII kini dikenali sebagai TVETMARA - Ahmad Zahid
Inkues Zara Qairina: Mahkamah bercadang adakan sesi ‘locus in quo’ di lokasi kejadian minggu depan
Penghantar p-panggilan didakwa menyamun, merogol dan menyamar sebagai polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skop pelepasan GHG, paras harga karbon jadi teras kerangka cukai karbon - MoF

Bernama
Bernama
09/12/2025
23:40 MYT
Skop pelepasan GHG, paras harga karbon jadi teras kerangka cukai karbon - MoF
Menurut MoF, rangka kerja cukai karbon yang sedang dibangunkan turut diselaraskan dengan perundangan serta dasar berkaitan yang sedang digubal oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan penetapan skop pelepasan gas rumah hijau (GHG), paras harga karbon yang sesuai, serta nilai ambang pelepasan sebagai elemen utama dalam pembentukan kerangka cukai karbon, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam, ia berkata perhatian turut diberikan kepada pembangunan sistem pemantauan dan pelaporan pelepasan (MRV) yang telus, efisien selain diyakini oleh industri serta pelabur.
"Selain itu, integrasi mekanisme cukai karbon dengan pasaran karbon domestik dan potensi pelaksanaan Sistem Perdagangan Pelepasan (ETS) adalah penting bagi menyediakan fleksibiliti pematuhan serta mengurangkan kos pengawalan pelepasan kepada industri," katanya.
Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Wu Him Ven berkenaan reka bentuk cukai karbon yang disusun oleh kementerian agar Malaysia menjadi hab perdagangan karbon serantau.
MoF turut memaklumkan bahawa rangka kerja cukai karbon yang sedang dibangunkan turut diselaraskan dengan perundangan serta dasar berkaitan yang sedang digubal oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Ini merangkumi Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#Dewan Negara
#gas rumah hijau
#ambang pelepasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan