KUALA LUMPUR: Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 perlu turut dibuka kepada golongan wanita berumur 55 hingga 70 tahun.
Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, Puvaniten M Helan Govan, berkata skim SKSSR yang merangkumi Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, elaun keuzuran, faedah pengurusan mayat dan pencen penakat tidak harus terbatas kepada golongan bawah 55 tahun.
“Saya meminta Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengkaji semula batasan umur yang diletakkan di dalam skim ini sebagai syarat pendaftaran.
"Saya percaya bahawa kategori umur ini lebih memerlukan bantuan daripada kerajaan khususnya dari segi aspek kesihatan.
"Ini amat penting bagi membangunkan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif dan inklusif serta menyeluruh di kalangan suri rumah secara keseluruhan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Puvaniten berkata, golongan suri rumah berusia lebih 55 tahun kecewa kerana mereka tidak dapat mendaftar skim berkenaan untuk mendapatkan manfaatnya.
"Kalau kita lihat skim keselamatan swasta, ia menawarkan skim yang merangkumi umur sehingga 70 tahun. Sepatutnya skim ini harus ditingkatkan lingkungan umur.
“Kita tidak mahu mana-mana pihak terpinggir di dalam skim keselamatan ini. Faktor umur adalah satu faktor utama untuk seseorang suri rumah yang mengambil skim keselamatan ini.
"Sebagai benteng kepada keluarga, wanita yang melaksanakan urusan rumah tangga dan penjagaan ahli keluarga juga terdedah kepada kecederaan dan penyakit.
"Mereka berhadapan dengan pelbagai risiko, seperti kemalangan domestik dan keilatan, yang memerlukan sokongan kewangan, penjagaan dan bantuan kebajikan apabila musibah berlaku," katanya.
Perkeso melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mulai 1 Disember lalu, sejajar dengan matlamat menyediakan dan membangunkan keselamatan sosial yang komprehensif serta inklusif di Malaysia.
SKSSR menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah apabila berhadapan bencana pekerjaan dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga, selain merupakan pengiktirafan kepada penglibatan mereka dalam 'Care Economy' serta pembangunan institusi keluarga.
Menurut Perkeso, pelaksanaan SKSSR yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) itu menjadikan Malaysia antara empat negara di dunia yang menyediakan perlindungan sosial khusus bagi golongan wanita dalam pelbagai bentuk skim dan faedah.
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed, dilapor berkata, skop "suri rumah" di bawah akta itu adalah luas kerana ia terbuka kepada wanita sama ada berkahwin atau belum dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau tidak, merangkumi isteri, janda atau balu, ibu tunggal dan wanita bujang yang berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa.
"Suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman RM120 setahun secara 'in advance' bagi menerima perlindungan selama 12 bulan berturut-turut, serta memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah," katanya.
Beliau berkata untuk mendaftar dan mencarum di bawah SKSSR, suri rumah mestilah warga Malaysia atau pemastautin tetap yang berumur kurang daripada 55 tahun.
Astro Awani
Mon Feb 13 2023

Puvaniten berkata, golongan suri rumah berusia lebih 55 tahun kecewa kerana mereka tidak dapat mendaftar skim berkenaan untuk mendapatkan manfaatnya. - Gambar fail

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini, mengalami kebakaran dalam kejadian jam 6 petang tadi.

Banjir di Baling pulih, dua PPS ditutup
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak malam tadi akan ditutup pada 7 malam ini.
AWANI Borneo [22/09/2023] - Dua PPS dibuka | Inflasi Sarawak 3.4% | SIE 2023
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
1. Jumlah mangsa banjir di Limbang meningkat, dua PPS dibuka
2. Inflasi Sarawak 3.4 peratus, tertinggi di Malaysia
3. Kazakhstan berminat perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
1. Jumlah mangsa banjir di Limbang meningkat, dua PPS dibuka
2. Inflasi Sarawak 3.4 peratus, tertinggi di Malaysia
3. Kazakhstan berminat perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Banjir kilat di beberapa negeri susulan fasa peralihan monsun
Banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri ketika ini disebabkan hujan lebat yang lebih kerap berlaku susulan negara memasuki fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga November.
Kazakhstan mahu perkukuh kerjasama perdagangan dengan Sabah
Kazakhstan berhasrat menjadi sebahagian daripada pertumbuhan perdagangan antarabangsa di Sabah melalui pelbagai bidang dan kepakaran termasuk infrastruktur, kewangan, pelancongan dan sekuriti makanan.
Jawatankuasa khas bincang kerjasama PBS dan STAR
Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, sebelum sebarang kerjasama dimeterai kedua-dua parti untuk idea membentuk gabungan berkenaan, pihaknya perlu mengambil kira pandangan perwakilan terlebih dahulu.
JKR Sarawak ambil langkah segera tangani tanah mendap dI Jambatan Sungai Musah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jambatan itu berada di laluan jalan negeri dan beliau telah berhubung dengan JKR Sarawak bagi memastikan kelancaran tindak balas.

MIC jalin kerjasama dengan Makkal Sakti perkukuh hala tuju kaum India
MIC akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Makkal Sakti, bagi memperkukuhkan hala tuju serta menangani isu berkaitan kaum India di negara ini.
MOSTI teroka peluang kerjasama dengan Sarawak
Menteri MOSTI, Chang Lih Kang berkata, dari segi teknologi hidrogen dan ekonomi, Sarawak mempunyai prestasi yang cemerlang untuk dijadikan rujukan.
Rombongan MOSTI rasai pengalaman naik ART
Delegasi MOSTI berpeluang menaiki Transit Aliran Autonomi (ART), kenderaan tanpa pemandu dan dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen yang pertama di Malaysia.

Lebih RM200,000 faedah SKSSR dibayar kepada suri rumah, keluarga - Sivakumar
Seramai 177,858 suri rumah dilindungi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) setakat 15 Jun lepas, menurut Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar.

Hanya 35 peratus suri rumah mencarum perlindungan bawah SKSSR - Sivakumar
Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah mendapat perlindungan di bawah SKSSR setakat Isnin, berbanding sasaran 500,000 suri rumah yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.

Perkeso sasar 500,000 suri rumah carum SKSSR menjelang akhir 2023
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan kira-kira 500,000 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menjelang akhir tahun ini.

SKSSR: Perlu beri peluang kepada suri rumah 55 tahun ke atas - Gerakan
SKSSR) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 perlu turut dibuka kepada golongan wanita berumur 55 hingga 77 tahun.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dilaksanakan bermula esok - Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mulai esok.

Kerajaan kaji perluas SKSSR kepada 'suri rumah lelaki' - Saravanan
Saravanan berkata, kerajaan bagaimanapun perlu mengenal pasti jumlah sebenar lelaki di negara ini yang menjadi suri rumah.

Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Awang berkata rang undang-undang itu hanya terpakai bagi suri rumah berumur kurang 55 tahun dan tidak terpakai untuk suri rumah yang mencapai umur 54 tahun serta tidak pernah mencarum dengan SKSSR.

SKSSR adalah secara sukarela, suami tidak wajib bayar caruman isteri - Perkeso
Cadangan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah secara sukarela.

RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 dibentang di Dewan Rakyat
Menurut rang undang-undang itu, satu skim akan diwujudkan bagi tujuan berkenaan yang dikenali sebagai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).