KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal trek kebangsaan sekali lagi pulang dengan tangan kosong pada kejohanan Piala Negara-negara UCI 2024 di Milton, Kanada.
Dalam acara pecut, Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Mattamy National Track Cycling Centre.
Pingat emas dimenangi pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen, diikuti Jair Tjon En Fa dari Suriname di tempat kedua dan Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago, ketiga.
Pelumba wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri juga tidak menyerlah pada penampilan kali ini apabila menamatkan saingan di tempat kelapan acara keirin.
Terdahulu, pelumba dari Kedah itu menduduki tempat keenam pada pusingan repechage sebelum mara ke final.
Pingat emas keirin wanita dimenangi pelumba New Zealand, Ellesse Andrews, diikuti pingat perak dimenangi pelumba Belanda, Steffie Van Der Peet dan Lauriane Genest dari Kanada (gangsa).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Muhammad Ridwan. - Foto Xihuan/Sinar Harian
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Kanada
Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan.
Olimpik: Kem badminton berlatih di Paris, skuad berbasikal di Mallorca
Skuad badminton kebangsaan bakal berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini.
Olimpik Paris 2024: Slot kedua skuad berbasikal trek negara belum terjamin
Proses pungutan mata kelayakan masih berjalan dalam beberapa siri kejohanan yang bakal disertai.
Johor kekal dahului tangga teratas carta kutipan pingat Sukma
Skuad berbasikal trek Johor, yang memenangi pingat emas acara 4km kejar-mengejar berpasukan wanita, berjaya memecahkan rekod kebangsaan.
Sukan SEA Hanoi: Skuad berbasikal tamatkan cabaran raih dua perak
Skuad wanita negara menamatkan acara berbasikal Sukan SEA ke-31 dengan meraih dua pingat perak pada hari terakhir perlumbaan.
Sukan SEA Hanoi: Skuad berbasikal negara tidak mengecewakan
Aksi pelumba berbasikal negara pada Sukan SEA ke-31 sekali lagi tidak mengecewakan apabila menghadiahkan sebutir pingat, hari ini.