Skuad hoki lelaki negara menepati ramalan mengutip mata penuh apabila membelasah Vietnam 13-0 pada perlawanan pembukaan temasya Sukan SEA ke-27 di Stadium Hoki Theinphy di sini, Ahad.
Vietnam nyata bukan tandingan buat Malaysia apabila ketinggalan lima gol pada babak pertama sebelum skuad bimbingan Tai Beng Hai menambah lapan lagi gol pada babak kedua perlawanan.
Malaysia tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Azreen Rizal Nasir menghasilkan gol pertama seawal minit kedua.
Skuad negara mendominasi perlawanan dengan mempamerkan rentak agresif dan pergerakan kemas untuk mencipta kemenangan besar dengan Vietnam menghadiahkan gol sendri pada minit ke-63.
Tiga pemain masing-masing menjaringkan dua gol iaitu Dedi Aryadi Jumaidi pada minit ke-17 dan 49, Amin Rahim (20', 36') dan Dangerous Lee (45', 62').
Sementara satu gol dihasilkan masing-masing oleh Muhammad Azami Adabi (25'), Muhammad Aminudin Mat Zin (23'), Amir Farid Ahmad Fuzi (37'), Azlan Misron (67') dan Ahmad Kazamirul Nasrudin Jamaludin pada minit ke-69.
Selepas perlawanan itu, Beng hai berkata kemenangan itu memang sudah dijangkakan dan mahu anak buahnya mengekalkan momentum pada perlawanan seterusnya.
"Yang penting kita meraih tiga mata dan kita perlu konsisten selepas ini untuk memastikan laluan ke final lebih mudah," katanya.
Skuad negara dijadualkan menentang Thailand esok diikuti Singapura pada Rabu dan melengkapkan jadual pusingan awal dengan bertemu pasukan tuan rumah, Myanmar, Khamis ini.
Bernama
Sun Dec 15 2013
Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.
13 kenderaan kemalangan di BKE, empat cedera
Empat mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling pada Selasa
Kad fleet di bawah SKDS ada had pengisian liter diesel - Timbalan Menteri
Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan mempunyai had pengisian dari segi liter.
AWANI Ringkas: Disalurkan untuk keperluan pengangkutan awam & STR
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis
Beliau berkata nahas itu menyebabkan beberapa kerosakan pada kesemua kenderaan terlibat dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Elon Musk mahu haramkan penggunaan peranti Apple di syarikat miliknya
Pada pandangan Musk, ini akan mendatangkan risiko sekuriti yang serius.
Segerakan reformasi dasar, atasi pengangguran belia - Pakar
Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, ini memerlukan pendekatan holistik melibatkan perubahan dasar, peningkatan pelaburan dan pengukuhan hubungan antara pendidikan dan industri.
Hasrat TMJ sebenarnya ingin merakyatkan kepimpinan
Hasrat Tunku Ismail menggesa reformasi sistem persekutuan, dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi adalah sebenarnya bertujuan me'rakyat'kan kepimpinan.
Menurut tafsiran penganalisis politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, hasrat itu antara lain sebenarnya bertujuan menyatukan ideologi berbeza ahli politik di Johor, demi kepentingan rakyat.
Menurut tafsiran penganalisis politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, hasrat itu antara lain sebenarnya bertujuan menyatukan ideologi berbeza ahli politik di Johor, demi kepentingan rakyat.
Menggagas peluang dan inovasi pertumbuhan pertanian global
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang akan diadakan pada 11 hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang, merupakan MAHA edisi khas 2024 sempena meraikan 100 tahun penganjuran.
Janji turunkan harga minyak itu pada 2008, ekonomi ketika itu berbeza - PM Anwar
Malah, tambah Anwar, harga minyak Malaysia pada ketika ini adalah lebih murah berbanding negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi.
PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan memulakan siri lawatan pengenalannya ke ibu kota Asia Tenggara, bermula dengan Brunei dan Malaysia, dari 11 hingga 12 Jun ini.
Taiwan beri amaran tiada laluan mudah buat Malaysia
Taiwan memberi amaran bahawa mereka tidak akan memberikan laluan mudah kepada Malaysia yang sangat memerlukan kemenangan besar pada perlawanan akhir Kumpulan D.
Sindiket laman web lucah China jadikan Malaysia pusat operasi tumpas
Sindiket laman sesawang lucah yang menjadikan negara ini sebagai pusat operasi terbongkar susulan tangkapan empat warga China menerusi serbuan di dua kediaman elit, dekat Jalan Tun Razak.
Arab Saudi pertimbang perluas inisiatif 'Makkah Route' ke negara lain
Kerajaan Arab Saudi sedia mempertimbangkan untuk meluaskan lagi pelaksanaan inisiatif 'Makkah Route' ke negara-negara lain yang berminat demi keselesaan perjalanan jemaah menunaikan haji.
Latihan ketenteraan Malaysia dengan Barat isyarat kepada Beijing mengenai Laut China Selatan - Laporan
Akhbar South China Morning Post menyifatkan latihan ketenteraan Malaysia bersama Singapura dan kuasa Barat, membantu' Malaysia menghantar isyarat kepada Beijing di Laut China Selatan.
Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan - Mohamed Khaled
Sangat penting bagi Malaysia membina keupayaan dan kemampuan dalam industri pertahanan supaya tahap kebergantungan kepada negara luar bukan secara menyeluruh.
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.
TH beri komitmen sepenuhnya kepada PDRM tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji
Tabung Haji akan beri komitmen penuh kepada PDRM yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk tangani isu jemaah haji terkandas.
ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengalami kekalahan besar buat kali kedua berturut-turut pada saingan ARC 2024 selepas tumbang kepada Hong Kong.
KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.