KUALA LUMPUR: Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengalami kekalahan besar buat kali kedua berturut-turut pada saingan Divisyen Premier Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 selepas tumbang kepada juara bertahan Hong Kong 6-70 di Serdang dekat sini hari ini.
Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia yang menyasarkan satu kemenangan kali ini tiada pilihan lain, selain wajib menumpaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada aksi penutup tirai kempen 21 Jun ini untuk kekal dalam saingan Divisyen Premier ARC musim depan.
Perlawanan yang ditangguhkan 30 minit akibat hujan lebat di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) menyaksikan pasukan lawan berada di depan menerusi try oleh Alex Post disusuli conversion oleh Glyn Hughes pada minit keenam sebelum Malaysia mengurangkan defisit kepada 7-3 hasil penalti Lee James Chapman tiga minit kemudian.
Asakan demi asakan Hong Kong terus membuahkan hasil apabila mereka menutup babak pertama dengan kelebihan selesa 42-3 antaranya menerusi mata disumbangkan Paul Altier yang masing-masing menyempurnakan dua try dan conversion.
Bersambung babak kedua, Hong Kong terus mengganas dengan mendahului 49-3 menerusi try oleh Faizal Solomona pada minit ke-43 diikuti conversion Altier pada minit ke-45 manakala Chapman mengubah kedudukan kepada 49-6 apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-56.
Langkah Hong Kong tidak terhenti dengan mereka terus meraih mata demi mata menerusi try oleh Joshua Mark Hrstich, Calum Scott dan Jamie Pincott manakala conversion oleh Matteo Avitabile (dua) serta Altier sekali gus melengkapkan kemenangan 70-6 ke atas Malaysia.
Ahad lepas, skuad bimbingan Mohd Farid Syazwan Abu Bakar membuka tirai saingan ARC 2024 dengan langkah kiri apabila dibelasah Korea Selatan, 5-55.
Sementara itu, Mohd Farid Syazwan berkata perbezaan saiz fizikal antara anak buahnya dan pemain lawan jelas ketara, sekali gus menyebabkan Hong Kong merakam kemenangan kedua selepas menumpaskan UAE 52-5, 1 Jun lepas.
"Kita nampak mungkin perlu rancang latihan fizikal lebih teliti pada masa depan, namun begitu kita perlu fokus habiskan dahulu ARC kali ini," katanya.
Mengenai aksi menentang UAE, beliau berkata mereka perlu memperkemaskan lagi taktikal penguasaan bola dan serangan dari bahagian belakang untuk menutup saingan ARC 2024 dengan keputusan positif.
Walaupun tewas dengan jurang besar, kapten pasukan Mohamad Nasharuddin Ismail pula merasakan kualiti permainan skuad Bunga Raya 15's telah meningkat berbanding aksi bertemu Korea Selatan sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024
Reaksi gembira pemain ragbi Hong Kong meraikan kejayaan setelah menumpaskan pasukan Malaysia pada ARC 2024 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini. - Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengalami kekalahan besar buat kali kedua berturut-turut pada saingan ARC 2024 selepas tumbang kepada Hong Kong.
Ragbi: Skuad Bunga Raya 15's dibelasah Korea Selatan 5-55
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah negara memulakan kempen Kejohanan Ragbi Asia 2024 dengan tewas 5-55 kepada Korea Selatan.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.