KUALA LUMPUR: Pelancaran skuter elektrik buatan tempatan yang dikuasakan oleh bateri berstruktur nano membuktikan komitmen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam memastikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara neutral karbon menjelang 2050 tercapai.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kementeriannya percaya pelancaran motosikal diberi nama Eclimo ES-11 itu dapat membantu usaha negara menyertai industri kenderaan elektrik (EV) yang bernilai berbilion ringgit untuk membantu memulihkan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.
Bagi tujuan itu, beliau berkata syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan runcit diminta tampil dengan kenderaan yang mengguna pakai sistem pemantauan bateri berstruktur nano yang memberi manfaat kepada alam sekitar.
"Pandemik COVID-19 mewujudkan peluang sumber pendapatan lain melalui perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.
"Jadi saya berharap kenderaan seperti motosikal dengan sistem pemantauan bateri berstruktur nano ini diguna pakai secara meluas di Malaysia kelak, dan bagi mencapainya kita harus menggembleng tenaga bersama," katanya semasa melancarkan motosikal elektrik itu yang dibangunkan MOSTI bersama NanoMalaysia Berhad dan Eclimo Sdn Bhd di sini hari ini.
Penggunaan kenderaan EV adalah sejajar dengan matlamat negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 seperti yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Menurut Dr Adham, kenderaan tersebut mampu ditunggang hingga 100km dengan kelajuan maksimum 100 kilometer per jam (kmj) dan kos perbelanjaan dikatakan hanya separuh daripada motosikal petrol konvensional yang dijangka berpotensi memberikan impak besar terhadap pasaran.
Apa yang menarik perhatian, beliau berkata Eclimo ES-11 turut menyediakan sistem mengecas palam tiga pin yang menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna kenderaan EV iaitu kekurangan infrastruktur dan stesen mengecas.
"Selain itu, keistimewaan penggunaan bateri berstruktur nano itu adalah ia boleh mengawasi keadaan bateri dengan menghantar peringatan apabila voltan bateri berkurangan dan turut menyediakan sistem penjejakan dan pemagaran geo yang boleh dikawal menggunakan aplikasi mudah alih," katanya.
Beliau berkata sel bateri ion litium berasaskan nano itu mempunyai kitaran hayat sebanyak 1,000 kali cas selain sistem tersebut menjimatkan hingga tujuh kilogram pelepasan karbon dioksida untuk setiap 100 kilometer perjalanan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Dr Rezal Khairi Ahmad berkata produk motosikal itu telah melalui ujian berskala komersial bagi memenuhi penggunaan serta keadaan lasak termasuk bagi perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit, produk perubatan dan farmaseutikal serta bungkusan e-dagang selain digunakan sebagai mod pengangkutan.
Beliau berkata ketika ini 58 unit Eclimo ES-11 dibina dengan 41 daripadanya disewakan melalui model perniagaan sewa di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
"Malah perancangan juga sedang dijalankan untuk menyediakan ES-11 sebagai mod pengangkutan dalam bandar kepada umum melalui proses sewaan seperti sistem aplikasi Beam dan Tryke yang membolehkan pengguna menyewa skuter ini menerusi aplikasi," katanya.
Rezal berkata pelancaran skuter elektrik itu bertepatan pada masanya berikutan semasa pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, kerajaan komited menyokong industri EV dengan mengecualikan duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi semua kenderaan EV di samping turut memberi pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 bagi kos pembelian, pemasangan, penyewaan, kemudahan sewa beli serta bayaran melanggan kemudahan mengecas EV.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Datuk Seri Dr Adham Baba melancarkan motosikal elektrik ES-11 yang dilengkapi dengan sistem pemantauan bateri berstruktur nano yang dibangunkan bersama oleh MOSTI, NanoMalaysia Berhad dan Eclimo Sdn Bhd hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Skuter elektrik tempatan dilancar, Malaysia ke arah neutral karbon menjelang 2050
Ia dalam memastikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara neutral karbon menjelang 2050 tercapai.