awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit

Bernama
Bernama
24/02/2025
10:30 MYT
SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: SME Corp Malaysia (SME Corp) membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 menyatakan perbadanan perusahaan kecil dan sederhana itu merekodkan baki debit tersebut untuk geran tertunda bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus pada akhir tahun kewangan 2023.
"Geran tertunda yang dilunaskan ini berjumlah RM73.81 juta, melebihi jumlah asal yang diberikan iaitu RM65.85 juta pada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)," menurut laporan berkenaan.
Bagaimanapun, kata laporan tersebut, SME Corp tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk berbelanja melebihi peruntukan.
Laporan audit itu turut mengingatkan SME Corp supaya mengambil perhatian terhadap usaha menambah baik kaedah pengurusan geran dengan mengakaunkan geran mengikut program yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan geran dibelanjakan mengikut maksudnya.
"Pada masa yang sama, SME Corp perlu memastikan baki geran pembangunan tanpa komitmen bagi RMK-10 dan RMK-11 dipulangkan kepada Kementerian Kewangan sekiranya tidak mendapat kelulusan Notis Perubahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SME Corp
#Laporan Ketua Audit Negara
#belanja melebihi peruntukan
#Program Peningkatan Enterpris Bumiputera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan