awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SMM dakwa bekas CEO langgar amanah, bakal ambil tindakan undang-undang

Astro Awani
Astro Awani
18/11/2024
14:05 MYT
SMM dakwa bekas CEO langgar amanah, bakal ambil tindakan undang-undang
SMM telah mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).- Sumber SMM
Kuala Lumpur: Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) mengambil tindakan undang-undang susulan penemuan beberapa pelanggaran kuasa oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jontih Enggihon.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu SMM, Natasha Sim berkata, siasatan menyeluruh mendapati berlaku pelanggaran tanggungjawab fidusiari, aktiviti penipuan termasuk kepada Lembaga Pengarah SMM serta salah laku oleh Jontih sepanjang memegang jawatan.
Sehubungan itu, SMM telah mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, terdapat beberapa kejadian yang mana Jontih bertindak melebihi kuasa yang diberikan, dengan tindakan yang didakwa bertujuan untuk memberi manfaat kepada entiti yang berpotensi mempunyai konflik kepentingan, serta bersekongkol dengan pihak ketiga yang mewakili kartel tertentu.
"Semua tindakan ini dilakukan tanpa pengetahuan atau kelulusan lembaga pengarah syarikat," jelasnya lagi./
Sebagai tindak balas kepada penemuan ini, pihak SMM telah melantik penasihat undang-undang luar untuk mengambil tindakan sivil terhadap Jontih bagi mendapatkan ganti rugi atas sebarang kerugian kewangan atau kerosakan reputasi dialami syarikat.
Natasha berkata, pihaknya kekal komited untuk menegakkan piawaian tadbir urus korporat yang tinggi.
"SMM tekad melindungi kepentingan pihak berkepentingan dan rakyat Sabah, serta tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan integriti operasinya," ujarnya.
Selain itu, Natasha menambah, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan PDRM dalam siasatan dijalankan.
Topic Berkaitan
#SMM
#Jontih Enggihon
#pecah amanah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan