awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Snapdragon 7 Gen 4 kini rasmi dengan peningkatan pada prestasi dan AI

Amanz
Amanz
17/05/2025
11:45 MYT
Snapdragon 7 Gen 4 kini rasmi dengan peningkatan pada prestasi dan AI
Cip ini dilengkapi CPU lapan teras, GPU Adreno baharu dengan prestasi grafik 30% lebih pantas, serta menyokong teknologi grafik dan paparan terkini seperti Vulkan 1.3, HDR10 dan OpenGL ES 3.2. -Amanz
QUALCOMM melancarkan Snapdragon 7 Gen 4 khusus untuk peranti pertengahan.

Ringkasan AI
  • Qualcomm melancarkan cip Snapdragon 7 Gen 4 untuk peranti kelas pertengahan dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 27% dan kecekapan AI 65% lebih baik berbanding versi sebelumnya.
  • Cip ini dilengkapi CPU lapan teras, GPU Adreno baharu dengan prestasi grafik 30% lebih pantas, serta menyokong teknologi grafik dan paparan terkini seperti Vulkan 1.3, HDR10 dan OpenGL ES 3.2.
  • Snapdragon 7 Gen 4 menyokong Gen AI, model bahasa besar secara langsung di peranti, kamera sehingga 200MP, rakaman 4K HDR, serta sambungan pantas melalui Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6.0.

Cip ini diberikan peningkatan prestasi sehingga 27% serta kecekapan AI 65% lebih baik berbanding pendahulunya.
Ia turut dilengkapi CPU lapan teras yang terdiri daripada 1 x Cortex-A720 (2.8GHz), 3 x Cortex-A720 (2.4GHz) dan 4x Cortex-A520 (1.84GHz).
Snapdragon 7 Gen 4 menggunakan GPU Adreno baharu yang menawarkan 30% prestasi grafik lebih pantas.
Ia mempunyai teknologi Qualcomm AI Engine bagi memastikan paparan yang lebih lancar terutamanya dalam pengalaman permainan.
Selain itu, ia teknologi grafik terkini seperti OpenGL ES 3.2, Vulkan 1.3 dan format main balik HDR termasuk HDR10+, HDR10 dan HLG.
Snapdragon 7 Gen 4 menampilkan peningkatan dalam AI dengan sokongan pembantu Gen AI, serta keupayaan menjalankan model bahasa besar secara langsung pada peranti.
Ia juga merupakan yang pertama dalam siri Snapdragon 7 yang menyokong Stable Diffusion bagi penjanaan imej di samping terdapat juga Sensing Hub khusus bagi kerja yang sentiasa aktif.
Snapdragon 7 Gen 4 menyokong kamera dengan resolusi sehingga 200MP serta rakaman video 4K HDR 30FPS.
Ia turut dilengkapi teknologi pengurangan hingar berbilang bingkai, serta penstabilan imej elektronik berasaskan perkakasan.
Sambungan juga lebih baik menerusi Wi-Fi 7 dengan kelajuan sehingga 5.8 Gbps dan bluetooth 6.0. -Amanz
Topic Berkaitan
#qualcomm
#Snapdragon 7 Gen 4
#peranti kelas pertengahan
#GPU Adreno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan