Penularan wabak COVID-19 menimbulkan banyak kerisauan kepada semua orang.

Jadi, banyak juga persoalan yang perlu dijawab bagi memastikan kita semua mendapat maklumat yang tepat dan melakukan tindakan sewajarnya agar tidak memudaratkan orang lain.

Google Malaysia menerusi data carian trending bulan Mac 2020 ada berkongsikan empat persoalan paling banyak ditanya dan dicari penggunanya di Malaysia.

Antara carian tertinggi ialah 'how to' iaitu carian mengenai bagaimana cara untuk mengelakkan jangkitan COVID-19.

Ia diikuti dengan carian 'near me' iaitu rakyat Malaysia mahu tahu perkhidmatan penting yang ada di sekitar mereka termasuklah perkhidmatan penghantar makanan.

Bukan itu sahaja, rasa ingin tahu yang tinggi juga meningkatkan kata kunci 'what is' dan juga 'apa itu' bagi membolehkan mereka lebih faham tentang isu yang berkait dengan jangkitan COVID-19.

Ini antara soalan paling banyak dicari di enjin carian Google Malaysia - Grafik Astro AWANI Alternative

Kata kunci carian trending Google Malaysia sepanjang Mac 2020