awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek Makmal Ujian MIROS perlu disiapkan ikut jadual - Ahmad Maslan
Kerajaan semak penggunaan bahan berasaskan asbestos - Arthur
JAS Johor keluarkan 580 kompaun, RM 1.16 juta sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sofia Rini dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini - Azam Baki

Bernama
Bernama
01/12/2025
06:47 MYT
Sofia Rini dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa Sofia Rini kini dibebaskan dengan jaminan SPRM. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tohmahan rasuah, telah dibebaskan hari ini selepas tamat tempoh remannya.

Ringkasan AI
  • Wanita yang ditahan SPRM dalam kes rasuah, Sofia Rini Buyong, telah dibebaskan selepas tamat tempoh remannya.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pembebasan Sofia Rini dengan jaminan SPRM.
  • Sofia Rini sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah yang melibatkan Albert Tei dan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa Sofia Rini kini dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Sofia Rini sebelum ini direman selama empat hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh ahli perniagaan Albert Tei kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Pada Jumaat, kesemua mereka ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul Iskandar untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberikan keterangan, manakala Tei ditahan di rumahnya di Puchong.
Setakat ini, Shamsul Iskandar dan Tei direman SPRM sehingga 4 Dis bagi membantu siasatan kes tersebut.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Sofia Rini Buyong
#ditahan SPRM
#Azam Baki
#tohmahan rasuah
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan