awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sogok RM500, pemilik bas dipenjara sehari dan didenda RM11,000

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
21/02/2018
05:15 MYT
Sogok RM500, pemilik bas dipenjara sehari dan didenda RM11,000
Muthusamy diiringi pegawai SPRM untuk menjalani hukuman. -Foto Noraniza Kamsani
Seorang pemandu bas dijatuhi hukuman hukuman penjara sehari dan denda RM11,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM500 kepada penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ahad lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Dazuki Ali memerintahkan tertuduh R Muthusamy, 66 tahun, dari Sungai Marong, Bentong dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.
Muthusamy mengaku memberi suapan wang tunai RM500 kepada Ketua Pembantu Penguatkuasa JPJ, Shahrul Sharizal Mat Jawahir yang bertugas sebagai Penguatkuasa Rondaan di Stesen Penguatkuasa JPJ Karak.
Sogokan itu diberikan kepada Shahrul Sharizal sebagai dorongan untuk tidak menyita dan menahan bas miliknya selepas pihak JPJ tidak membenarkan pemandu bas itu meneruskan perjalanan tersebut atas alasan lesen memandunya tamat tempoh.
Perbuatan itu dilakukan oleh Muthusamy di Stesen Penguatkuasa JPJ, Karak, pada jam 2.45 petang, 18 Februari lalu mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2007.
Sebelum itu, Muthusamy dalam rayuannya meminta agar mahkamah meringankan hukuman.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Fadhly Mohd Zamri meminta mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#Muthusamy
#Shahrul Sharizal Mat Jawahir
#sogok pegawai JPJ
#SPRM
#Sungai Marong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan