awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Soi Lek pasti tahu wang yang diterima adalah dari 1MDB' - Kit Siang

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
20/10/2018
07:25 MYT
'Soi Lek pasti tahu wang yang diterima adalah dari 1MDB' - Kit Siang
Veteran DAP Lim Kit Siang menegaskan bahawa tidak mungkin bekas pemimpin MCA Chua Soi Lek tidak mengetahui wang yang diterima pada 2013 adalah sumber 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, isu 1MDB sudah timbul pada tahun 2013 dan mempersoalkan mengapa Soi Lek tidak bertanya sumber kewangan yang diterima itu.
“1MDB adalah isu besar, kenapa tidak bertanya sumber kewangan ketika menerima wang itu?
“Jika benar, semua parti politik yang menerima wang 1MDB perlu bayar balik kepada kerajaan,” kata Kit Siang kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Kebangsaan Visi Islam dalam Aspirasi Malaysia Baharu di Nilai, pada Sabtu.
Sebelum ini Soi Lek yang merupakan bekas presiden MCA mengakui pernah menerima dana pilihanraya daripada bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.
Namun Soi Lek berkata dia tidak mengetahui dan bersangka baik mengenai sumber kewangan yang diterima oleh Najib adalah daripada 1MDB.
Kit Siang kini mendesak semua parti yang menerima dana daripada 1MDB pada 2013 perlu memulangkan semula wang itu kepada bendahari kerajaan.
Berdasarkan siasatan, Najib dilaporkan telah mengagihkan sejumlah RM470 juta kepada parti komponen BN untuk berdepan PRU 2013 ketika menjadi pengerusi BN dahulu, di mana RM16.5 juta daripada jumlah berkenaan diberikan kepada MCA.
Najib kini berdepan sejumlah pertuduhan di mahkamah berhubung penyelewengan dana daripada 1MDB.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#bekas presiden MCA
#Chua Soi Lek
#Lim Kit Siang
#MCA
#veteran DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan