KUALA LUMPUR:Seorang penjual cendol dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Jumaat selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan, antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan pengganas Daesh serta memberi sokongan kepada kumpulan itu, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Nahzatulazran A. Rahman, 42, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah memerintahkan Nahzatulazran menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 Sept 2017.
Bagi tiga pertuduhan memberi sokongan kepada Daesh, Muhammad Jamil menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak.
Bagi dua pertuduhan memiliki item, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak.
Sementara itu, bagi empat pertuduhan mengedar item berkaitan pengganas, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak.
Mahkamah kemudian memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan berasingan menjadikan keseluruhan hukuman penjara selama 16 tahun.
Bagi tiga pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Daesh, lelaki itu didakwa mempromosi kumpulan pengganas terbabit, antaranya melalui pengedaran bendera, kain berwarna putih dan hijau muda dengan tulisan Jawi kepada tiga individu.
Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan tersebut.
Sementara, bagi dua pertuduhan memiliki item-item berkaitan Daesh, dia didakwa memiliki satu helai bendera berwarna putih, dua papan berukir kalimah dalam Bahasa Arab, dua bingkai gambar, gambar-gambar dan video berkaitan kumpulan pengganas itu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucutkan hak ke atas barang-barang tersebut.
Sementara bagi empat pertuduhan mengedar item berkaitan Daesh, Nahzatulazran didakwa mengedar sehelai bendera hijau bertulisan hitam, empai helai bendera hitam dan dua helai kain berwarna putih serta hijau mengandungi tulisan Jawi kepada beberapa individu, mengikut Seksyen 130JB(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi antaranya sekitar kampung di Melaka Tengah, dan di sebuah rumah di Kepong di sini, pada Januari hingga September 2017.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman dan Mohd Farhan Aliff Ahmad, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dan pencegahan kepada orang awam, agar tidak terikut dengan fahaman pengganas.
"Pihak pendakwaan juga memohon hukuman penjara lebih panjang, bagi membolehkan tertuduh menjalani rehabilitasi di penjara kerana fikirannya sangat cenderung kepada ideologi kumpulan pengganas itu, sehingga seorang saksi menyatakan tertuduh pernah mengajaknya berjihad ke Marawi, Filipina.
"Saya juga mohon mahkamah mengambil kira faktor keselamatan negara yang terjejas, ekoran perbuatan tertuduh ini," katanya.
Bagaimanapun, peguam Usha Kulasegaran dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mempunyai seorang isteri dan anak selain telah insaf atas perbuatannya.
Seramai 16 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh, dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula pada Februari 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Nahzatulazran didapati bersalah atas sembilan pertuduhan, antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan pengganas Daesh. - BERNAMA

Maqis rampas daging kerbau sejuk beku dari India lebih RM500,000
Sebanyak 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit sah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Isnin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANIxGEMPAK | Azhar Osman kembali dengan 'Ternyata'
Betahun lamanya tidak mendengar berita pelakon dan penyanyi, Azhar Osman, akhirnya dia kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharu berjudul Ternyata.

Operasi Automatik Jadi Pendorong Baharu Pelabuhan Tianjin
Pelabuhan Tianjin, pelabuhan terbesar di utara China dan pintu masuk maritim utama ke Beijing menerima suntikan semangat baharu dengan pelaksanaan sistem operasi automatik. Kini, kontena dari kapal kargo dianggkat secara automatik oleh kren dan diletakkan di atas trak tanpa pemandu yang boleh menavigasi pelabuhan itu dengan sendirinya.

Alam Sekitar | Air tercemar Loji Fukushima akan dilepaskan
Kerajaan Jepun meluluskan pelan untuk melepaskan lebih 1 juta tan air terawat dari Loji Nuklear Fukushima ke laut. Langkah tersebut mencetuskan bantahan dalam kalangan komuniti nelayan Jepun, selain daripada China dan Korea Selatan.

Ramadan | Rindu kampung halaman, realiti warga kota
Setiap kali memasuki bulan Ramadan, rata-rata masyarakat mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang. Namun dua tahun berlalu, rentas negeri masih dikuatkuasakan ekoran pandemik COVID-19.

China Promosi Hubei Secara Global
Kementerian Luar China menganjurkan promosi global khas untuk memperkenalkan Wilayah Hubei kepada dunia luar bertemakan "Heroic Hubei: Reborn for New Glories" di Beijing pada Isnin. Menurut kementerian itu, ia merupakan acara utama yang dirancang untuk kembali meningkat dan menghidupkan pertukaran serta kerjasama antara wilayah di tengah China itu dengan seluruh dunia.

Perkembangan COVID-19 di Malaysia (13 April 2021)

Bazar Ramadan | 2,500 peniaga bakal terima sagu hati
Lebih 2,000 peniaga terkesan teruk susulan pembatalan bazar Ramadan di Kelantan, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian sagu hati kepada para peniaga.

COVID-19 | Penduduk Terengganu gesa SOP dikaji semula
Orang ramai di Terengganu memohon agar Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri itu diperketatkan bagi menggelak kemunculan kluster baharu. Kebimbangan ini susulan, Terengganu adalah negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan (R Naught) COVID-19 tertinggi ketika ini.

Sokong, edar barangan berkaitan Daesh, penjual cendol dipenjara 16 tahun
Dia didapati bersalah atas sembilan pertuduhan, antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan pengganas Daesh serta memberi sokongan kepada kumpulan itu.

Bekas penyampai televisyen Afghanistan maut dalam letupan bom kereta
Setakat ini polis masih belum mengenal pasti identiti dua lagi mangsa yang terbunuh dalam letupan itu.

'The Beatles' mengaku tidak bersalah atas 8 tuduhan
Tertuduh adalah dua daripada empat individu kumpulan militan yang dikenali sebagai 'The Beatles'.

14 terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri di timur Afghanistan
Sejumlah 42 yang lain mengalami kecederaan dalam letupan di Daerah Ghanikhail, Nangarhar.

Majlis Keselamatan PBB sokong inisiatif gencatan senjata diketuai Malaysia
Tempoh 90 hari gencatan senjata tersebut bermula pada 1 Julai, hari di mana resolusi tersebut dimeterai.

Polis tembak mati suspek tikam orang awam di selatan London
Polis menembak mati seorang lelaki di selatan London selepas suspek dipercayai menikam beberapa orang awam pada Ahad.

Dua dituduh terbabit aktiviti keganasan, Daish di Syria
Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan sejak 2014 dengan menyertai kumpulan Daish di Syria.

Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.

750 suspek pengikut Daish bebas susulan serangan Turki
Sekurang-kurangnya 750 orang yang disyaki terbabit dengan Daish dilaporkan telah melarikan diri dari kem perpindahan Ain Issa di timur laut Syria.

Tangkapan LTTE: Jangan cabar polis, kita akan ambil tindakan jika cukup bukti - Ayob Khan
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan semua pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti membabitkan kumpulan penganas Hari