KUANTAN: Pahang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau secara merapatkan sejadah tanpa berlaku sentuhan fizikal, dengan kehadiran terbuka kepada semua sama ada divaksin atau belum, berkuatkuasa Jumaat ini (1 April).
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi memaklumkan, sejadah tersebut hendaklah dibawa sendiri oleh setiap jemaah, dengan saiz minimum 110 sentimeter (sm) panjang dan 70sm lebar.
"Masjid dan surau dibenarkan melaksanakan solat sunat Tarawih 20 rakaat. Jumlah jemaah adalah tertakluk kepada keluasan kapasiti masjid atau surau, dan kemampuan kawalan terhadap jemaah selain pihak pengurusan digalakkan menyediakan ruang khas untuk jemaah musafir," menurut kenyataan itu.
Bagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar atau kawasan 'hotpsot', solat fardu secara berjemaah dibenarkan dengan bilangan 12 orang sahaja, manakala solat Jumaat dibolehkan kepada 40 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dengan keutamaan kepada mereka yang lengkap suntikan vaksin.
Bagaimanapun, individu bergejala atau menerima arahan wajib kuarantin adalah dilarang hadir ke masjid atau surau.
Kebenaran juga diberikan bagi penganjuran aktiviti pengajian ilmu dan keagamaan seperti kuliah, kelas pengajian al-Quran, qiamullail, seminar, kursus haji dan umrah, penyampaian sumbangan, mesyuarat serta sambutan hari kebesaran Islam.
"Kehadiran imam, khatib dan penceramah dari luar Pahang adalah dibenarkan, dan mereka perlu melakukan ujian saringan menggunakan kit ujian kendiri dengan disaksikan oleh penganjur, selain hendaklah melengkapkan permohonan dalam sistem e-Perakuan," menurut kenyataan JAIP lagi.
Bukan warganegara atau bukan ahli kariah kawasan, serta kanak-kanak berusia lima tahun ke atas dibenarkan hadir ke masjid atau surau, dengan semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.
Jamuan termasuk majlis berbuka puasa, moreh dan sahur juga dibenarkan dengan penyediaan makanan digalakkan secara berbungkus, selain turut dibolehkan ialah aktiviti gotong-royong memasak untuk jamuan tersebut.
"Masjid dan surau hendaklah disanitasi sekerap mungkin dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan melakukan pemeriksaan pada bila-bila masa. Masjid atau surau yang didapati gagal mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Jumlah jemaah adalah tertakluk kepada keluasan kapasiti masjid atau surau. - Gambar hiasan

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Hadiah RM4,000 jemaah bawa keluarga solat Subuh
Sebelum ini, hadiah berbentuk basikal dan motosikal ditawarkan kepada kanak-kanak dan belia yang berjemaah di masjid itu selama 40 hari.

Solat berjemaah: Pahang benar rapat sejadah tanpa sentuhan fizikal
Pahang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau secara merapatkan sejadah tanpa berlaku sentuhan fizikal.

Johor benarkan saf solat jemaah dirapatkan mulai 1 April
Bagi mengimarahkan bulan Ramadan, solat sunat Tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dan solat sunat Witir pula tiga rakaat.

Bermula 1 April, solat jemaah di Negeri Sembilan ikut aturan sejadah saiz besar - MB
Jemaah yang dibenarkan masuk ke masjid dan surau adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak, warga tempatan dan bukan warganegara yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19.

Pasangan remaja dikecam solat jemaah 'online'
Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.

P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah
Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.

Perlis mula laksana solat jemaah rapat saf
Perlis mula menjalankan pengimarahan masjid dengan melaksanakan solat fardu secara berjemaah dengan saf dirapatkan bermula hari ini.

Pulau Pinang masih kekal SOP solat jemaah
Pulau Pinang masih mengekalkan SOP bagi semua aktiviti di masjid dan surau kerana masih terdapat ancaman jaangkitan COVID-19 varian Omicron.

Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat jemaah - Idris
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

MKI muktamadkan SOP solat berjemaah - Menteri Agama
Draf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau telah dimuktamadkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).