KUALA LUMPUR:Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau.
Bagi negeri-negeri yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) pula, kelulusan adalah mengikut had jemaah serta keluasan ruang solat dengan mengambil kira penjarakan fizikal, sekurang-kurangnya satu meter.
Di SELANGOR, solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau ditangguhkan sepanjang pelaksanaan PKP, namun hanya lima petugas masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau dibenarkan menunaikan solat Jumaat serta solat fardu secara berjemaah pada setiap waktu.
Bagi majlis akad nikah, ia akan dijalankan secara sidang video membabitkan pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan tarikh janji temu akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah atau di masjid pengurusan.
BACA: PKP: Solat Jumaat hanya 30 jemaah di Wilayah Persekutuan - JAWI
Situasi sama di SABAH yang turut menangguhkan aktiviti solat Jumaat di masjid dan surau sepanjang tempoh PKP, bagaimanapun ahli kariah wajib melaksanakan solat fardhu Zohor bagi menggantikan solat Jumaat di rumah masing-masing.
Menurut kenyataan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), solat fadhu lima waktu secara berjemaah di masjid dan surau dibenarkan, namun dengan kapasiti terhad iaitu lima orang sahaja dan terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid dan surau terbabit.
Di JOHOR, pelaksanaan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat dibenarkan di semua surau dan masjid dengan jumlah jemaah dihadkan kepada 12 orang sahaja sepanjang PKP.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam kenyataan dimuat naik menerusi Facebook baginda bertitah bagaimanapun, 12 jemaah tersebut adalah terdiri daripada pegawai masjid dan surau serta ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau.
Mengenai majlis akad nikah, baginda bertitah ia hanya dibenarkan di Pejabat Kadi Daerah dan terhad kepada pasangan pengantin dan wali dari daerah yang sama sahaja, serta telah memperoleh kebenaran berkahwin sebelum dari tarikh PKP.
Di PULAU PINANG, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata beberapa aktiviti di masjid dan surau ditangguhkan dalam tempoh PKP antaranya, solat fardu dan Jumaat bagi orang awam serta akad nikah.
Namun, terdapat beberapa perkara dibenarkan bagi meneruskan fungsi masjid dan surau iaitu azan dan solat fardu yang terhad kepada lima individu membabitkan imam, bilal, siak serta dua ahli jawatankuasa masjid, serta solat Jumaat yang hanya membabitkan 15 individu iaitu imam, bilal, siak dan ahli jawatankuasa masjid.
Di KELANTAN, hanya 50 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan fardu di semua masjid bandar dan jajahan serta mukim negeri ini berkuat kuasa sepanjang tempoh PKP Bersyarat (PKPB).
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata pelaksanaan had bilangan jemaah berkenaan perlu mengambil kira penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter pada setiap waktu.
Semua kuliah agama sama ada kuliah Subuh, Maghrib dan Dhuha termasuk kelas al-Quran di masjid, surau dan musalla di seluruh negeri juga ditangguhkan sepanjang tempoh PKPB.
Di KEDAH, semua masjid dan surau dibenarkan dibuka sejam sebelum solat fardu, manakala bagi solat Jumaat sejam setengah lebih awal sepanjang pelaksanaan PKPB di negeri itu.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata bagi solat fardu dan Jumaat di zon hijau dan kuning, jumlah jemaah yang dibenarkan adalah berdasarkan keluasan ruang solat, dengan menjaga penjarakan fizikal minimum satu meter.
Bagi zon jingga pula, bilangan jemaah yang dibenarkan adalah mengikut keluasan ruang solat utama masjid dan surau, juga dengan menjaga penjarakan fizikal minimum satu meter.
Sementara itu, Negeri Sembilan membenarkan semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat Fardhu dan Solat Jumaat di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini sehingga 26 Jan nanti.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata SOP kali ini sama seperti PKPB dahulu iaitu antaranya jemaah perlu membawa sejadah mereka sendiri, memakai pelitup muka dan perlu mengambil wuduk di rumah selain had keluasan mereka melakukan ibadah itu adalah dalam ruang utama masjid sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Solat Jumaat dan fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh PKP dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau. - Gambar fail

COVID-19 | Kisah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Felda beli 41 juta saham FGV daripada pasaran terbuka
FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata saham itu dibeli pada RM1.30 sesaham semalam (Isnin).

118 pekerja Pasar Borong KL disahkan positif COVID-19
Daripada jumlah tersebut, 31 pekerja melibatkan bahagian sayur, manakala 87 lagi di bahagian ikan.

COVID-19 | Kuarantin pesakit COVID-19 di rumah, langkah terbaik?

PERMAI | Pemandu teksi bersyukur terima one-off RM500
Pemberian secara ''one-off" sebanyak RM500 kepada pemandu teksi disambut dengan kegembiraan dan rasa syukur lebih 100 pemandu teksi di Kedah. Rata-rata golongan B40 ini dapat menarik helah kelegaan dengan pemberian oleh kerajaan ini sedikit sebanyak meringankan beban berdepan impak COVID-19.

PERMAI | Subsidi ujian COVID-19, PPE kepada klinik swasta
Menerusi subsidi tersebut, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Dr Suhaily Mohd Hairon berkata, harga ujian saringan COVID-19 dapat dikurangkan sekali gus mampu menggalakkan lebih ramai individu untuk melakukan ujian saringan berkenaan.

Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini
Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Febuari ini.

Harimau Malaya boleh adakan kem latihan pusat secara kuarantin - KBS
Skuad Harimau Malaya boleh menarik lafas lega apabila KBS membenarkan mereka mengadakan latihan pusat menggunakan pendekatan kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

COVID-19 | Kisah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Halimah Sadique sah positif COVID-19
Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh KKM di Johor Bahru.

Kuasa pentadbiran agama Islam kekal milik negeri dalam tempoh darurat
Perbezaan elemen ketetapan jemaah masjid, sungguhpun terlihat kecil namun ia simbol pancaran bidang kuasa negeri dalam hal ehwal agama Islam di negara kita.

PKP 2.0: Kelantan hadkan 12 jemaah tunai solat Jumaat, fardu
Kelantan menghadkan bilangan jemaah menunaikan solat Jumaat dan fardu tidak melebihi 12 orang bermula esok hingga 26 Jan.

PKP 2.0: Solat Jumaat di Melaka dibenarkan dengan 45 jemaah
Keputusan itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas negeri bagi menghidupkan syiar Jumaat di negeri ini.

Solat Jumaat, fardu di negeri PKP terhad ahli jawatankuasa masjid
Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh PKP dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau.

PKPB: Solat Jumaat, fardu di Kelantan bersyarat
Kelantan benarkan solat Jumaat dan fardu di masjid, surau atau musalla di negeri ini mengikuti prosedur yang ditetapkan sepanjang PKPB.

PKP: Solat Jumaat, fardu ditangguh, akad nikah secara dalam talian - JAIS
Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau di Selangor ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai hari ini.

Jemaah Masjid Zahir dihadkan sepanjang PKPB
Masjid Zahir ditutup kepada orang ramai mulai Rabu berikutan Kota Setar berada dalam Zon Merah serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.

PKP: Solat Jumaat hanya 30 jemaah di Wilayah Persekutuan - JAWI
Solat fardu pula hanya dibenarkan dengan maksimum lima jemaah, yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid.

Solat Jumaat, fardu di Selangor dibenarkan ikut jumlah jemaah ditetapkan
JAIS membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai Isnin lepas.

MAIK benar solat Jumaat, fardu kecuali Kubang Kerian dan Kusial
Dua mukim dikecualikan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 20 Disember ini.