awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Solat Jumaat, fardu ditangguh, akad nikah secara dalam talian - JAIS

Bernama
Bernama
13/01/2021
02:41 MYT
PKP: Solat Jumaat, fardu ditangguh, akad nikah secara dalam talian - JAIS
Mohd Shahzihan Ahmad berkata solat Jumaat digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP. - Foto Sinar Harian.
SHAH ALAM:Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau di Selangor ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata solat Jumaat digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP.
Bagaimanapun katanya, hanya lima petugas masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau dibenarkan menunaikan solat Jumaat serta solat fardu secara berjemaah pada setiap waktu.
Bagi majlis akad nikah pula katanya, ia akan dijalankan secara sidang video hanya kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan tarikh janji temu akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di masjid pengurusan.
"Pelaksanaan akad nikah secara sidang video akan dilakukan pendaftar yang berada di PAID manakala pengantin, wali dan dua saksi berada di rumah. Pegawai Tadbir Agama (PTA) setiap daerah akan menetapkan pelaksanaan majlis akad nikah berdasarkan janji temu yang telah diatur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
BACA: Apa itu Darurat? Ini 15 perkara anda perlu tahu
Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata perkhidmatan utama JAIS khususnya melibatkan urusan nikah, cerai dan rujuk dilakukan secara dalam talian selain 10 kaunter talian telefon untuk konsultasi dan urusan janji temu dibuka.
Menurutnya, untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi talian 03-5514 3600 atau 03-5514 3400 sepanjang waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat selain platform e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#solat fardu
#Selangor
#Jabatan Agama Islam Selangor
#Datuk Mohd Shahzihan Ahmad
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan