awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat sunat Aidiladha dibenarkan di Kelantan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
26/07/2020
03:13 MYT
Solat sunat Aidiladha dibenarkan di Kelantan
Masjid, surau dan musala hanya akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan akan ditutup selepas solat disempurnakan. -Gambar fail
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memberi perkenan agar solat sunat Aidiladha dilaksanakan di negeri itu.
Namun solat sunat yang diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) harus dibuat secara terkawal bagi mengekang penularan COVID-19, lapor Sinar Harian.
Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, jemaah berumur 70 tahun ke atas dihadkan kepada 30 orang sahaja dan ditempatkan di ruang yang khusus bagi masjid yang berkapasiti melebihi 500 individu.
"Jemaah yang bergejala atau menghidap penyakit kronik dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
"Selain mematuhi penjarakan sosial 1 meter, semua jemaah yang hadir hendaklah membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka dan mengambil air wuduk di rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Masjid, surau dan musala hanya akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan akan ditutup selepas solat disempurnakan.
Tambahnya, jawatankuasa masjid dan jemaah hendaklah mematuhi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan kehadiran jemaah harus direkodkan dalam aplikasi MySejahtera atau borang daftar hadir atau dalam buku kehadiran.
Katanya, jemaah wanita juga dibenarkan solat namun perlu diberi keutamaan kepada jemaah lelaki sekiranya tempat solat di masjid tidak mempunyai ruang mencukupi untuk semua jemaah.
Pada masa sama, jemaah juga tidak dibenarkan untuk berkumpul setelah selesai aktiviti sama ada di dalam atau di luar masjid, surau dan musala.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Islam
#Kanak-kanak
#Melayu
#penjarakan sosial
#perintah kawalan pergerakan
#PKPP
#SOP
#Sultan Kelantan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan