awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat tarawih dibenarkan di Kelantan - MAIK

Bernama
Bernama
07/04/2021
21:39 MYT
Solat tarawih dibenarkan di Kelantan - MAIK
Bermula Ramadan ini, kanak-kanak yang berumur tujuh tahun dan ke atas dibenarkan mengikuti program-program yang diadakan di masjid, surau dan musolla. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat tarawih serta aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di seluruh negeri ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan.
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan di sini malam tadi, memaklumkan perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
"Bagi solat tarawih dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musolla dengan penjarakan fizikal satu meter dan boleh dilaksanakan sama ada lapan atau 20 rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih satu jam tidak termasuk solat Isyak.
"Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat tarawih, manakala tazkirah subuh, asar dan lain-lain adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter," katanya yang juga Tengku Temenggong Kelantan.
Beliau berkata bagi aktiviti tadarus al-Quran dibenarkan mengikut kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal satu meter dalam tempoh tidak melebihi sejam dan qiamullail juga dibenarkan sepanjang Ramadan selama satu jam sebelum waktu imsak.
"Jamuan berbuka puasa dan bersahur tidak dibenarkan, namun masjid, surau dan musolla digalakkan untuk menyediakan menu berbuka dan bersahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah," katanya sambil menambah syarat yang sama ditetapkan bagi jamuan moreh.
"Iktikaf di masjid adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter. Bermula Ramadan ini, kanak-kanak yang berumur tujuh tahun dan ke atas dibenarkan mengikuti program-program yang diadakan di masjid, surau dan musolla," katanya.
Justeru, beliau berkata setiap prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dipatuhi semua pihak dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya gagal mematuhi ketetapan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
#Sultan Kelantan
#SOP
#Ramadan
#Islam
#puasa
#tazkirah
#tarawih
#Tengku Temenggong Kelantan
#tadarus al-Quran
#Qiamullail
#masjid
#surau
#musolla
#jemaah
#syarat
#moreh
#jamuan
#jamuan berbuka puasa
#iktikaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan