awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat tarawih dibenarkan lapan rakaat di Sabah sempena Ramadan

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
01/04/2021
14:24 MYT
Solat tarawih dibenarkan lapan rakaat di Sabah sempena Ramadan
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti di masjid dan surau di Sabah sepanjang bulan Ramadan adalah dibenarkan berkuat kuasa 12 April ini. Foto Bernama
KOTA KINABALU: Pelaksanaan aktiviti-aktiviti di masjid dan surau di Sabah sepanjang bulan Ramadan adalah dibenarkan berkuat kuasa 12 April ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara aktiviti masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan yang dibenarkan ialah solat Tarawih dengan lapan rakaat selain bacaan surah (surah lazim) atau ayat pendek.
Bagaimanapun, tiada aktiviti tazkirah sepanjang pelaksanaan solat sunat Tarawih.
"Jamuan berbuka puasa dan jamuan sahur di masjid dan surau adalah tidak dibenarkan kecuali 12 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau sahaja.
"Manakala moreh adalah dibenarkan secara berbungkus sahaja," katanya menerusi kenyataan media laporan harian COVID-19 bagi negeri itu, pada Khamis.
Tambah beliau, Tadarus dan Khatam Al-Quran, Qiamullail dan Iktikaf di masjid dan surau juga dibenarkan untuk 12 orang AJK sahaja.
Selain itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah menjelaskan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat di Sabah adalah dibenarkan.
"Bilangan solat jemaah lima waktu dan solat Jumaat di masjid dan surau adalah mengikut kapasiti masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal satu meter," katanya.
Masidi turut menjelaskan program dan aktiviti jabatan dan agensi agama negeri seperti Kaunter Amil Zakat dan agihan bantuan zakat dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dan surau, tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
"Semua masjid dan surau hendaklah menjalankan semua garis panduan dan SOP yang dikuatkuasakan selain ditetapkan oleh pihak berwajib," tegas beliau.
Statistik pematuhan penduduk di negeri ini terhadap SOP adalah sebanyak 97 peratus, dengan daerah Semporna, Sipitang dan Tenom mencatatkan kadar pematuhan terbaik.
Sabah hari ini mencatatkan 86 kes positif COVID-19 baharu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,853 kes. Satu kes kematian direkodkan di daerah Keningau.
Topic Berkaitan
#SOP
#Ramadan
#Sabah
#SOP Ramadan
#Masidi Manjun
#Solat Jumaat
#COVID-19
#solat tarawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan